Lagu Sembilu yang dipersembahkan Syada Amzah di minggu kelima Big Stage 2019 tidak memberi rezeki berterusan buatnya untuk meneruskan saingan apabila disenaraikan di kalangan tiga peserta tercorot, lalu diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor undian online terendah.

Sejurus persembahan malam tadi, Syada mendapat markah keseluruhan sebanyak 68.00 peratus dari juri profesional.

“Saya terima dengan positif keputusan undian online yang tidak memihak kepada diri saya hingga nama diumumkan sebagai antara dua peserta yang tersingkir.

“Sebabnya, sehari sebelum konsert, pada sesi raptai akhir dan nama saya yang diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Kiranya ia macam kebetulan.

“Malah saya ada beritahu pihak pengurusan saya, boleh atau tidak untuk sediakan ucapan andai terkeluar dalam konsert minggu ini. Saya seperti dapat rasakan perasaan itu,” katanya kepada MH.

IKLAN

Tidak mahu memandang ke belakang, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini sebaliknya tetap menyokong perjalanan rakan artis lain di Big Stage.

“Saya okay dan rasanya peserta yang lain juga lebih layak untuk meneruskan saingan kerana mereka sudah lakukan yang terbaik. Kami sama-sama berpimpinan tangan, melihat susah payah setiap kali membuat persembahan.

IKLAN

“Kami budak-budak yang baru nak belajar, jadi harap semua boleh berikan ruang dan peluang,” pinta Syada optimis.

Dalam perkembangan lain, bintang YouTube ini bakal melancarkan single sulung dalam tempoh terdekat.

IKLAN

Lagu genre Balada itu merupakan hasil ciptaan Helen Yap dan Shila Amzah.

Big Stage 2019 ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Juri jemputan untuk minggu ‘Cannot Brain’ ialah Yusry KRU.

Seprang lagi peserta yang turut tersingkir pada minggu kelima saingan ialah Chaleeda, peserta dari Thailand.

Foto: Instgram Syada Amzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI