Naqiu yang kini sedang bersaing dalam program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), menafikan dakwaan yang kononnya dia pernah mempunyai dua isteri sebelum berpisah dengan isteri pertama sebagaimana yang diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, juga akui tidak tahu dari mana datangnya isu tersebut boleh timbul dan menyifatkan dirinya tiada ruang untuk berkahwin lain.

“Awak tengok muka saya ni, layakkah ada dua isteri? Tak adalah… Saya tak tahu dari mana cerita tersebut datang. Awak tengok, anak-anak saya pun ‘rapat-rapat’, bila masanya saya nak kahwin lain tu?,” ujar Naqiu.

Malah turut didakwa, isterinya dipuji sebagai humble rupanya ‘mencaras’ suami rakan baik sendiri dan ini reaksi Naqiu;

“Wife saya? Sebenarnya ini temu bual yang paling kelakar sepanjang GV. Isteri saya nampak sahaja humble apa semua. Wife saya memang humble dan dia ialah teman hidup saya dan rasanya saya tak pernah… Macam mana ya? Sebab saya tak sangkalah…

IKLAN

“Macam saya cakap tadi, anak saya selang setahun semuanya. Yang sulung berumur tujuh, enam, lima dan empat. Yang bongsu pula baru masuk usia setahun. Jadi pada ‘gap’ yang mana tu saya ada isteri lain? Saya tak faham,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai pelbagai isu mengenainya kebelakangan ini, Naqiu mengakui dirinya terbuka dan lebih gemar mengambil setiap hal dari sudut positif.

IKLAN

“Saya terbuka kepada apa pun. Maknanya orang memberikan perhatian pada saya sebab sampai ada cerita macam ini yang keluar. Dalam sudut yang positif, maknanya orang sentiasa mencari saya.

“Dari sudut yang negatif, orang nak menjatuhkan saya seperti yang awak semua cakapkan, tapi saya banyak ambil pada yang positiflah. Okay apa orang mencari kitakan.

IKLAN

“Saya sudah 12 tahun menyepi dan tiba-tiba saya kembali kira-kira sebulan lebih ni, orang dah korek sedalam-dalamnya. Benda tu sebenarnya ada benda yang baik untuk karier saya. Kepentingan saya sekarang adalah untuk karier selepas ini sebab saya ada banyak perancangan,” katanya.

Bapa kepada lima cahaya mata ini turut ditanya apakah yang ingin diperkatakan kepada netizen di luar sana yang mengeluarkan cerita yang belum diketahui kesahihannya, Naqiu tidak mengambil pusing terhadap apa yang berlaku.

“Saya berterima kasih sebenarnya saya rasa awak mengambil berat fasal saya, saya doakan awak bahagia. Saya tak ambil pusing pun benda ni, pada saya soalan ini yang ditanya selepas ini dalam 5 atau 10 minit saya akan lupa.

“Saya jenis yang macam tu. Tak ada apa pun,” katanya yang cukup menghargai serta menyayangi keluarga yang sentiasa menjadi penyokong terkuat dalam hidupnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI