Bekas penyanyi, Mizz Nina mengakui dia ada menghubungi pihak YouTube bagi menghapuskan video-video lamanya menerusi platform itu ketika dia masih bergiat aktif dalam bidang seni kira-kira awal 2000 lalu.
Bagaimanapun, Mizz Nina seperti yang dipetik mStar pada masa sama menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Malah dia reda jika video yang dimuat naik masih ditonton umum.
“Saya cuba menghubungi pihak YouTube untuk minta buang video-video muzik saya sebelum ini. Tapi malangnya tidak berjaya.
“Tapi saya anggap saja mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku,” kata bintang berusia 38 tahun ini.
Nina yang ditemui pada majlis sidang media dan ucapacara menandatangani perjanjian usahasama antara IntoTaqwa & AMAL (Malaysia Airlines Berhad) turut memberitahu dia sudah tidak memasang hasrat untuk kembali aktif dalam nyanyian.
Jelas isteri kepada Noh Salleh ini lagi, sebolehnya dia mahu lebih fokus kepada kerja kebajikan dan turut menanam impian menerbitkan buku.
“Sekarang memang saya dah tak minat pun nak menyanyi nak buat persembahan. Perasaan tu dah tak ada dan walaupun di rumah atau dalam bilik air pun tak ada.
“Sebenarnya sebelum saya berhijrah ini pun, saya dah rasa malas nak buat persembahan. Tapi saya sangat berminat dalam meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat menerusi penulisan.
“Saya suka menulis dan berkongsi di laman sosial. Saya memang ada perancangan untuk terbitkan buku tapi tak berkesempatan untuk menyiapkan lagi,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Untuk rekod, Nina memilih untuk bersara daripada industri muzik seterusnya mengambil keputusan untuk berhijab sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji tanah suci.
Usahawan sensasi, Nur Sajat gembira menjelang hari konvokesyennya, 1 Julai depan.
Katanya kepada MH, dia gembira apabila cita-citanya untuk menggenggam segulung diploma akhirnya menjadi kenyataan.
Terdahulu, penyanyi Bobo di Mana ini mengambil kursus pendek dalam bidang dandanan rambut di sebuah kolej secara persendirian di Beirut, sebagai salah satu usahanya untuk memantapkan perniagaan salon rambut yang dijalankan.
“Alhamdulillah saya akan konvo di Beirut, saya ambil kursus pendek selama sebulan lebih. Saya akan konvo 1 Julai ini. Saya rasa sangat gembira kerana akhirnya dapat segulung diploma meski dah berusia 34 tahun.
“Saya dapat diploma dalam dandanan rambut tau. Jadi siapa nak buat rambut tu jangan risau jangan takut. Saya ada kepakaran, buat saja dengan kita,” seloroh Sajat.
Ditanya mengenai apakah yang menarik minatnya untuk meneruskan pengajian di negara orang dalam tempoh yang agak lama, Sajat ada jawapannya sendiri.
“Kita dalam bisnes, pemilik syarikat itu sendiri kenalah belajar. Tidak boleh harapkan pekerja semata-mata. Kalaulah dibuatnya pekerja lari ke apa, nanti ketua pula yang terkapai-kapai.
“Pada masa sama, saya sendiri memang ada niat untuk belajar dengan lebih serius kerana saya sendiri seorang yang gemarkan kecantikan, termasuklah pada rambut. Malah, ia suatu pengetahuan yang baik juga.
“Bukan saja dari segi stailing, tetapi juga dalam aspek penjagaan rambut,” katanya yang turut memberitahu, dia mahu berehat dari melancarkan sebarang lagu baru bagi memberi fokus terhadap perniagaan.
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita gembira dan bangga apabila anak sulungnya, Sophea Isabella meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, figura hebat itu mendedahkan Bella mendapat 9A 1B bagi mata pelajaran di sekolah agamanya.
“Video – Report Card Day. Bella got 9A1B for her exams at her Islamic School – Alhamdulillah. And she got a B for Khat – Haha. It surprised me because she truly has a beautiful handwriting.
“Her excuse was she had problems with her Khat pencil – but that’s okay. Just need to work harder. Congratulations my dear Bella. May you excel in years to come.
“Salam Everyone. Just sharing. Love As Always. PS – At least I need not have to buy her an iPad . Remind me not to make those promises again,” tulisnya.
Perbualan menerusi video tersebut antara lain turut merakamkan anaknya turut target keputusan 10 A menerusi peperiksaan seterusnya!.
Lalu menerusi ruangan komen, para pengikutnya turut merakamkan rasa bangga terhadap pencapaian Bella selain turut memuji cara kedua ibu bapa serta guru dalam mendidik anak-anak.
Foto: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.