Instafamous, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora telah membuat kejutan buat suaminya, Apit Johari bersempena ulang tahun kelahirannya semalam.
Momen indah itu dikongsikan Beby Tora menerusi Instagramnya.
“I love u so much husband ! Harap awak suka dngn surprise ni ..kita tak sweet mcm orang lain tapi saya cuba
“Moga awak pnjang umur dan jadi suami yang soleh 💕syang syurga saya ni,” tulisnya.
Berlatarbelakangkan tema lagu Perfect yang diiringi biola, nyanyian Ed Sheren, Beby Tora memakai maskot beruang (teddy bear) dan membawa sebiji kek, lalu diberikan kepada suaminya itu.
Beby Tora kemudiannya membuka maskot tersebut , lalu Apit terkejut dengan kejutan yang diberikan isterinya itu.
Ads
Menerusi ruangan komen, netizen turut gembira melihat kemesraan pasangan ini.
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 1 Mac lalu.
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat ada berkongsi penampilan terkininya yang selekeh mengenakan baju-T lusuh lengkap berselipar dengan rambut dan wajah kusut.
Malah, video yang dirakam secara kandid aksi bintang ini yang menari-menari berlatarkan single hits, Temberang di tepian jalan raya turut ‘memancing’ mata ramai sekali gus mencetuskan tular.
Bagaimanapun, ramai yang dapat meneka bahawa penampilan terkininya itu adalah sebagai suatu tuntutan watak drama rantaian terkini lakonan Ayda berjudul Cindai di bawah produksi JS Pictures Sdn. Bhd.
“1st day. Ok ni lah Cindai. Mesti boyfriend tak mengaku ni girlfriend. Swipe kiri untuk gambar yang lebih cute. Steaaaady Cindai…,” tulisnya di entri Instagram.
Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, penampilan sedemikian merupakan antara babak penting dalam Cindai.
Mendukung watak sebagai gadis teranaiya yang turut berdepan dengan krisis mental, Cindai merupakan suatu naskhah yang ditunggu-tunggu penerima Lagu Terbaik 2018 Anugerah Planet Muzik 2018 ini.
“Sudah lama saya impikan suatu watak mencabar, bermain dengan jiwa. Jika sebelum ini saya pernah mendukung watak air mata jadi kali ini ia agak berbeza. Malah jujurnya saya turut membuat persiapan rapi demi Cindai.
“Ada lakukan rujukan menerusi beberapa buah filem antarabangsa sebabnya saya bawa watak yang ada kaitan dengan penyakit mental dan bipolar.
“Sedar tidak sedar, sebenarnya ada di antara kita juga yang ada simpton sedemikian, cuma mungkin tahapnya mungkin berbeza dengan individu lain.
“Sebab itulah ada di antara kita yang hilang kawalan lalu sanggup berbuat jahat. Kita sedar hal itu tak betul, tapi tidak dapat untuk kawalnya. Itulah konflik jiwa yang dihadapi Cindai” katanya.
Ayda bagaimanapun tidak mahu dilihat terlalu mencuba hingga wataknya dibawa secara berlebih-lebih.
“Meski saya ada buat beberapa rujukan, namun saya tidak mahu terbawa-bawa dengan watak sedia ada.
“Biarlah ia hadir secara natural. Kata orang, tidak mahu terlalu ‘ready’, tetapi lakukan dengan cara yang ‘steady’,” jelas Ayda lagi.
Selain Ayda, drama 12 episod ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syazwan Hassan, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Nazim Othman dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sofi Jikan dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu terhadap pelakon filem KL Gangster itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi.
“Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.
“Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan,” katanya seperti yang dipetik.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelakon yang popular dengan tagline ‘kasi sengat’ menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.
Sepanjang perbicaraan itu, seramai lima saksi pendakwaan dan hanya seorang saksi pembelaan iaitu Sofi sendiri memberikan keterangan.
Terdahulu, pada 13 Februari 2018, Sofi,49, didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 13 Mei lalu, Sofi diperintah membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.