Pelakon, Sofi Jikan dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu terhadap pelakon  filem KL Gangster itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi.

“Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan,” katanya seperti yang dipetik. 

IKLAN

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelakon yang popular dengan tagline ‘kasi sengat’ menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.

IKLAN

Sepanjang perbicaraan itu, seramai lima saksi pendakwaan dan hanya seorang saksi pembelaan iaitu Sofi sendiri memberikan keterangan.

Didapati Bersalah, Sofi Jikan Dipenjara 12 Bulan

 

IKLAN

Terdahulu, pada 13 Februari 2018, Sofi,49, didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Mei lalu, Sofi diperintah membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.

Sumber : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI