Malam Ahad yang lalu tirai AF Megastar telahpun dilabuhkan dengan menobatkan Idayu sebagai juara program pertandingan nyanyian tersebut.

Namun ada sesetengah yang tidak berpuas hati dengan hadiah kemenangan hanya diterima oleh Idayu sahaja dan tiada hadiah untuk peserta finalis yang lain.

Astro Tampil Beri Penjelasan Isu Hadiah Di AF Megastar

Ramai yang menyasarkan rasa kecewa tentang hal itu kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sebagai penaja utama program berkenaan.

IKLAN

Rentetan daripada hal tersebut, Aliff telah memuat naik satu video dengan rasa kecewa dan marah dia memberi penjelasan kepada pihak yang mendakwa dirinya kedekut untuk memberikan hadiah kepada peserta lain.

“jgn salahkan saya..kalau korang hebat sgt korang jee sponser.

 

“aku sponser berjuta2 okey ..hak hadiah smua bukan hak saya..Suka2 korang je nak kutuk saya kedekut la bg hadiah kat sorang pemenang je lah….ko ingat af tu rancangan Aliff Syukri kamarzaman ke? tu rancangan astro…ingat bila kita sponsor kita boleh buat suka2 ke apa yg kita nak nak naik stage pun kena minta kebenaran..saya ni bayar berjuta ya utk sponsor jadi kalau korang2 tak tau baik korang diam jer ..korang tau tak nak cari duit ni aku separuh mampus korang nmpak aku seronok jee tp aku memngagau cari duit nak bayar kat astro korang pikir tak??…korang ni mmg dah terbiasa mengutuk jadi ada je benda yg di cari salah…padahal x ada kaitan pun dgn saya.

 

“Saya ni pun tak berapa pandai tapi tak lah sampai nak lebih2 tunjuk pandai mcm korang ni…Ingat kita ni sponsor suka2 ke? tau tak kita ni sponsor sbb nak dapat airtime iklan,nak promosi produk sbb rancangan tu ratingnya tingginjadi banyak orang tengok…kalau saya x sponsor pun af tu tetap juga berjalan ya awak2 semua yg suka sangat nak cari salah orang ni…buka mata dan buka sikit minda tu……,” tulis Aliff di ruang kapsyen Instagramnya.

IKLAN

Dalam pada itu menerusi satu sumber, pihak Astro, Ketua Format Program Realiti Astro iaitu Namanzee Harris, memberi penjelasan bahawa kesemua peserta yang bertanding pada malam itu mendapat hadiah masing-masing cuma tidak disebut secara terbuka.

Astro Tampil Beri Penjelasan Isu Hadiah Di AF Megastar

IKLAN

Menurut Namanzee lagi, setiap minggu kesemua peserta program ini diberi elaun dan bukannya bertanding secara percuma.

“Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu.

 

“Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar.

 

“Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah,” jelasnya.

Diharapkan dengan penjelasan daripada pihak Astro ini dapat menjernihkan keadaan dan menghapuskan tuduhan yang dilemparkan kepada Aliff.

Sumber: Instagram Aliff Syukri & Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI