Pengurus kepada pelakon Ashraf Sinclair, Daysz Erlangga mengesahkan pelakon asal Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.51 pagi ini di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.
Perkara itu dikongsikan menerusi dua pautan status menerusi Insta Stories, beberapa jam lalu.
Ads
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Ads
Ashraf berkahwin dengan isterinya, penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ads
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Menerusi akaun Instagram milik penyanyi Fakhrul UNIC, anggota kumpulan nasyid ini ada memuat naik sekeping foto ketika menziarahi pusara pelakon dan pelawak, Abam Bocey.
Malah, Fakhrul turut memaklumkan dirinya bermimpi bertemu dengan arwah.
Malah dirinya akui kerap memikirkan tentang rakannya itu ketika berada di tanah suci Mekah.
“Entah knapa sy mimpi almarhum abam kelmarin, mungkin kebetulan sbb dok fikir psl dia masa di mekah lg kot..kemarin smpai malaysia,” tulisnya.
Di samping itu, penyanyi berusia 33 tahun ini juga mendoakan semoga agar roh arwah Abam tenang.
“Harini jumaat yg mulia baru sempat ziarah pusara sahabat. Sampai harini masih ramai yg dtg ziarah ko abam.
“Moga tenang di sana. Alfatihah (hadiahkan bacaan) buat syed omar mokhtar @abam_bocik.,” tulisnya.
Imbas kembali, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak, pada 10 Februari yang lalu.
Arwah Abam telah selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mawar Rashid beberapa hari lalu ada berkongsi perasaan syahdu serta rasa syukur apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kalinya.
Turut bersama-sama dalam rombongan umrah berkenaan ialah suami, Raf Yaakob serta anak lelaki mereka, Raden Muhammad Rafael.
Titip Mawar menerusi ruangan kapsyen pautan video yang dikongsi, perasaan yang dialami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Malah, bintang utama drama bersiri TQ Captain itu dilihat turut menitiskan air mata di hadapan Kaabah selain merakamkan rasa syukur kerana dapat menjejakan kaki ke tanah suci.
“Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. Alhamdulillah kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami. Dah lama sbenarnya Mawar pasang niat akhirnya tertunai.
“Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari الله SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya.
“Perasaan yg tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA,” tulisnya.
Mawar pada masa sama turut menyatakan, dirinya terasa kerdil dan mendoakan kebaikan kepada semua umat.
“Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni utk perbetulkan diri Mawar kembali ke fitrahNya.
“YA ALLAH YA TUHANKU, Kau kurniakan kesihatan yang baik dan Kau panjangkanlah umur Daku, dan ahli keluargaku, dan kepada semua yg membaca.
Bekas penyanyi dan pelakon, Zul Handy Black berkongsi status di Instagramnya yang mengetengangkan isu mengenai golongan trangender.
Menerusi posting yang dikongsikannya itu, Zul menasihati agar golongan terbabit segera bertaubat.
“KEPADA PONDAN2 DAN LGBT YANG MEMANG RASA TAKNAK TAUBAT TU, MEH SINI RASA SKIT API NI…AKU NAK PANGGANG KORANG…KALAU TAK PUN, MEH SINI AKU NAK REMBAT KORANG DENGAN KAYU API NI…KORANG MEMANG TAKDE HAK APAPUN ATAS DUNIA NI SELAIN DARI HAK UNTUK BERTAUBAT.
“JANGAN MENGHARAPKAN APA2 HORMAT DARI SESIAPA LAGI KALAU KORANG MEMANG DAH KURANG AJAR SANGAT PADA AGAMA ISLAM. KORANG ADALAH GOLONGAN YANG DILAKNAT OLEH ALLAH.
“KORANG DENGAN KAFIR LAKNAT TU DAH LEBIH KURANG SAMA JE…PERSENDAKAN AGAMA ISLAM. KORANG MEMANG GAMPANG!!!,” tulisnya.
Malah, pemilik nama penuh Nurzul Suphia’an Sa’ban itu dilihat seperti sudah puas bersabar dengan golongan terbabit dan enggan memberi teguran secara baik.
“Sorry la…dah malas nak bertapis lagi dah dengan sialan2 semua yang taknak taubat tu! Korang mati je la terus kan lagi baik. Kalau Saidina Omar r.a masih ada ni, kompom korang dah kena pancung terus dah…
“Kalau rasa tak puas hati dengan statement aku, meh la ngadap depan2…senang aku bole tapakkan je muka korang tu terus…
“Bahasa aku?! Owhhh tu antara aku dengan Tuhan,” tulisnya sambil menatap foto api membara.
Zul bagaimanapun telah memadam entri tersebut beberapa minit selepas dimuatnaik di Instagramnya.
Foto : Instagram Zul Handy Black
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!