Pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa menyifatkan pemergian Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan kehilangan yang besar bagi negara.
Menerusi hantaran di laman Twitter, Neelofa mendedahkan dia turut berduka cita sebaik sahaja mengetahui mengenai perkhabaran tersebut.
Katanya lagi, jasa Allahyarham memberi impak yang tinggi terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Saddened to hear the passing of Royal Professor Ungku Abdul Aziz. Arwah left such a huge impact & contributed so much to the country in the fields of education and economics. May Allah SWT bless his soul and grant him a place in Jannah. InshAllah 🌸
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saddened to hear the passing of Royal Professor Ungku Abdul Aziz. Arwah left such a huge impact & contributed so much to the country in the fields of education and economics.
“May Allah SWT bless his soul and grant him a place in Jannah. InshAllah,” tulisnya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.
Ads
Terdahulu, Allahyarham Ungku Aziz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Price Court pada Selasa akibat sakit tua.
Tahniah diucapkan buat Haqiem Rusli dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Top Top MeleTOP Era 2020 (AME 2020), pada Ahad.
Lebih istimewa, Haqiem turut membawa pulang trofi Penyanyi MeleTOP Era menerusi lagu Selamat Tinggal Sayang sementara lagu Lembah Kesepian juga diiktiraf sebagai Lagu MeleTOP Era.
Juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana pula kekal disayangi para peminatnya apabila sekali lagi membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP 2020 bagi kategori wanita.
Selain itu, penyanyi yang mesra disapa Nana ini jug turut memenangi Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo bersama Khai Bahar.
“Jujurnya, saya sendiri tidak tahu mengapa saya disayangi sedemikian rupa oleh peminat, alhamdulillah dan bagi saya, ini semuanya rezeki.
”Saya hanya jadi diri-sendiri dan pada masa sama turut menjaga hubungan baik sesama peminat. Kalau boleh, saya mahu jaga hati semua peminat saya,” kata Nana kepada MH.
Menyifatkan penghargaan peminat sebagai satu hadiah teristimewa, Nana mengakui mereka hadir dari pelbagai situasi.
“Ada yang sudah ikuti perkembangan saya sebelum saya sertai GV lagi, ada yang mula minat sejurus saya tamat program tersebut.
“Malah, ada juga yang mula mendekatkan diri selepas saya terlibat dalam lakonan dan sebagainya. Lalu mereka kekal menyokong sehingga sekarang. Terima kasih,” katanya lagi.
Sementara itu, Syafiq Kyle tahun ini membawa pulang dua anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.
Kali ini, AME 2020 memperkenalkan dua anugerah khas yang didedikasikan kepada dua figura yang penting di negara kini, dalam situasi semasa pandemik Covid 19.
Anugerah Khas MeleTOP 2020 diberikan kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ebit Lew pula dianugerahkan dengan anugerah Anugerah Wira MeleTOP. Masing-masing turut disertakan dengan wang tunai RM10,000.
Bagi setiap kategori pula, pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama iaitu Top Top MeleTOP menerima hadiah RM10,000 berserta trofi dalam anugerah yang mengangkat tema Yang Epik Yang Legend ini.
AME2020 pertama kali dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan, berlangsung dalam norma baharu yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selain pemenang, penonton turut diserikan dengan persembahan daripada Anuar Zain, Noraniza Idris, Shiha Zikir, Misha Omar, kumpulan Floor 88 dan ramai lagi.
Berikut senarai penuh pemenang AME 2020:
Top Top MeleTOP Grup/Duo : Khai Bahar & Siti Nordiana
Hos dan usahawan, Nabil Mahir,32, berhasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata apabila mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Ayda Jebat,28, yang dijadualkan berlangsung Jumaat depan.
Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata angka tersebut nombor kegemarannya.
Bagaimanapun, pasangan selebriti ini menyerahkan semuanya kepada rezeki.
“Saya anak bongsu daripada dua orang adik-beradik, sementara Ayda pula ada ramai adik-beradik. Kalau boleh, saya mahu 13 orang anak.
“Mimpi jadi kenyataanlah kalau hasrat tersebut menjadi realiti.
“Tetapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting sihat sempurna.
“Tak kisahlah satu, dua atau 13 sekalipun. Kami tidak merancang,” katanya secara berseloroh.
Nabil mahu pun Ayda tidak menolak rezeki andai dikurniakan cahaya mata awal sejurus berkahwin.
“Saya tidak mempunyai masalah untuk menimang cahaya mata cepat atau lambat.
“Kalau sudah rezeki, saya bersedia untuk bergelar ibu. Lagipun, kami memang suka budak-budak,” jelas Ayda pula.
Sementara itu, majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Januari ini bakal berlangsung secara sederhana di sebuah masjid di ibu negara.
“Dalam keadaan sekarang, saya tak bercadang untuk adakan majlis secara besar-besaran. Lebih baik bersederhana saja dan saya tak terkilan pun.
“Apa yang penting adalah perkara wajib iaitu majlis akad nikah dapat disempurnakan dengan baik. Kami hanya buat pernikahan di masjid yang hanya akan dihadiri kurang 50 tetamu.
“Doakan agar semuanya dipermudahkan, Insya-Allah” katanya ketika majlis pra tonton muzik video terbaru Ayda, Parah Parah di Publika, sebentar tadi.
Terdahulu pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.