Pelakon dan model terkenal Bollywood, Arjun Rampal, akhirnya mengesahkan beliau kini bertunang dengan pasangannya, Gabriella Demetriades, selepas lebih enam tahun menjalinkan hubungan cinta.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Arjun ketika menjadi tetamu dalam sebuah podcast kendalian aktres Rhea Chakraborty, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status sebenar hubungan mereka yang selama ini sering menjadi tanda tanya peminat.
Dalam perbualan santai itu, Gabriella dilaporkan berkata mereka masih belum berkahwin, namun Arjun kemudiannya menjelaskan bahawa mereka sebenarnya sudah bertunang.
Pengakuan ringkas itu mencetuskan perhatian ramai, memandangkan pasangan berkenaan jarang berkongsi hal peribadi secara terbuka dan lebih selesa hal peribadi mereka jauh dari radar populariti.
Ads
Arjun dan Gabriella mula menjalin hubungan sekitar 2018 dan sejak itu dilihat kekal bersama, termasuk ketika melalui fasa penting dalam kehidupan berkeluarga.
Ads
Hasil hubungan tersebut, pasangan yang setia bercinta ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Arik yang dilahirkan pada 2019 dan Ariv pada 2023.
Ads
Gabriella Demetriades pula bukan nama asing dalam industri kreatif. Wanita kelahiran Afrika Selatan itu dikenali sebagai model, pereka fesyen dan usahawan yang memiliki jenama fesyen sendiri, selain aktif dalam dunia seni dan gaya hidup.
Untuk rekod, Arjun pernah berkahwin dengan model Mehr Jesia dari 1998 hingga 2019 dan hasil perkahwinan itu, beliau mempunyai dua anak perempuan yang kini masing-masing berusia 23 dan 22 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi impiannya untuk mereka busana indah buat penyanyi lagu Cinta Abadi itu.
“Saya mengenali Erra sudah lama. Tetapi ketika kami berkenalan, dia sudah pun berumah tangga ketika itu.
“Jadi bila dia nak kahwin lagi, sudah semestinya kami ingin menghadiahkan busana perkahwinan kepadanya.
“Hadiah ini adalah tanda persahabatan yang terjalin di antara kami sejak sekian lama,” katanya.
Ditanya mengenai inspirasi di sebalik rekaan busana pernikahan tersebut, Rizman menjelaskan aktres dan penyanyi itu sekadar menginginkan baju kurung moden yang sederhana dan polos.
“Erra beritahu dia mahukan baju kurung moden yang ‘simple’ sahaja untuk majlis nikah. Tetapi mengenali Rizman Ruzaini, pastinya kita akan menghiasi busana itu dengan sulaman manik yang indah.
“Bekerja dengan Erra sangat mudah. Dia terbuka dengan idea yang kita kongsikan. Dia percaya dengan hasil kerja kita. Dia pula memang dah cantik, pakai apa pun cantik,” jelasnya lagi.
Rizman turut merahsiakan harga busana perkahwinan tersebut kerana baginya persahabatan yang terjalin bersama Erra jauh lebih bernilai.
Melihat Erra kembali berumah tangga, Rizman mengakui dia turut menumpang bahagia dan berharap perkahwinan yang dibina kali ini kekal hingga ke syurga.
“Dulu setiap kali berjumpa untuk ‘fitting’ baju, saya selalu tanya Kak Erra bila nak kahwin. Dan dia selalu suruh saya carikan calon untuknya.
“Bila akhirnya dia bertemu dengan pasangan yang sesuai, saya tumpang bahagia untuknya. Alhamdulillah, semoga berkekalan sampai bila-bila,” ujarnya.
Terdahulu, Erra selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Ezwan Zain dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang pada pukul 9.19 pagi tadi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wakil Amerika Syarikat, Yolina Lindquist, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul mahkota Miss Cosmo 2025 pada pentas akhir pertandingan ratu cantik antarabangsa itu yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam, malam tadi.
Pertandingan edisi kedua ini menyaksikan penyertaan lebih 70 peserta dari seluruh dunia, sekali gus membuktikan peningkatan ketara dari segi skala dan minat global terhadap pertandingan yang menampilkan gabungan kecantikan, budaya serta impak sosial itu.
Yolina Lindquist diumumkan sebagai juara selepas menewaskan puluhan peserta lain dalam saingan yang berlangsung sengit dan kompetitif. Kejayaan tersebut turut menandakan kemenangan pertama negara itu sejak Miss Cosmo diperkenalkan pada 2024.
Tempat kedua pula menjadi milik wakil Filipina, Chelsea Fernandez, yang turut menyerlah sepanjang pertandingan menerusi persembahan konsisten dalam segmen peragaan busana, soal jawab serta pembentangan advokasi sosial.
Sepanjang pertandingan, para peserta diuji melalui beberapa segmen utama termasuk busana kebangsaan, busana gaun petang dan sesi soal jawab yang menuntut kebijaksanaan serta keupayaan menyampaikan pandangan mengenai isu global dan peranan wanita dalam masyarakat moden.
Sekadar info, Ini bukanlah pertandingan pertama disertai Yolina sebalinya beliau pernah mewakili Southern Illinois di pertandingan Miss Illinois USA 2023 dan berjaya meraih tempat keempat. Beliau kemudiannya kembali bertanding sekali lagi dalam Miss Illinois USA 2025 dan muncul sebagai naib juara.
Sementara itu, wakil Malaysia, Rieyka Lee, tidak berjaya melangkah ke peringkat Top 21, sekali gus menyaksikan tahun kedua berturut-turut Malaysia terkandas di pertandingan Miss Cosmo, meskipun penampilannya sebelum ini mendapat perhatian peminat ratu cantik antarabangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.
Menurut Neelofa, kehadiran mereka hanyalah untuk memberikan sokongan sekali gus menarik perhatian lebih ramai penonton bagi menyaksikan program berunsur manfaat tersebut.
“Pada saya, tumpuan tetap diberikan kepada para peserta. Kami hanya memainkan peranan sampingan yang sama-sama ingin memberikan sokongan seterusnya menunjukkan Mualim Muda ini adalah sebuah program yang baik.
“Kehadiran kami bukanlah untuk overshadow para peserta yang bertanding,” katanya kepada MH.
Sementara itu, PU Riz berpandangan masyarakat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menonton program ini kerana ia sarat dengan ilmu yang bakal disampaikan oleh individu-individu berkaliber.
“Kita kena lihat maksud di sebalik program ini. Agak lama juga saya menunggu untuk program seperti ini diadakan semula. Bila ia didakan semula, saya jadi bersemangat.
“Barisan juri juga terdiri daripada orang-orang yang hebat. Dr. Kamilin ada PHD dalam bidang agama. Ustaz Kazim Elias pula tidak perlu disangkal lagi.
“Hos, Ustaz Fakhrul juga punyai ilmu luas dalam agama. Semua yang terlibat di dalam program ini bergerak ke arah yang sama.
“Saya rasa tiada pihak yang menyinari atau melebihi sesiapa. Apa yang penting adalah ilmu yang ingin disampaikan di dalam program ini,” katanya.
PU Riz dan Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Mualim Muda, baru-baru ini.
Terdahulu, PU Riz bakal terlibat selaku hos bersama Fakhrul UNIC, manakala Neelofa pula diberi tanggungjawab sebagai juri tetap bersama Datuk Ustaz Kazim Elias dan Dr. Kamilin Jamilin.
Dalam masa sama, PU Riz mengakui teruja apabila pihak Astro menawarkan peluang tersebut kepada dirinya dan isteri.
“Kami bersetuju untuk terlibat di dalam program ini kerana ia kembali diadakan selepas hampir 10 tahun berehat. 10 tahun dahulu, sayalah antara peserta yang terlibat.
“Saya pun bagitahu kepada Lofa, marilah kita sertai program ini. Lagipun, kita memang sudah aktif di jalan ini (agama). Jadi, mana-mana media yang adakan inisiatif seperti ini, kita kena sokong.
“Kami sepakat untuk turut sama terlibat dan bersama sehingga ke akhirnya,” ujarnya lagi.
Menyandang tanggungjawab sebagai juri tetap, Neelofa menjelaskan dia akan menggunakan pengalaman luasnya dalam bidang seni bagi berkongsi ilmu kepada para peserta, khususnya dari aspek persembahan dan penyampaian.
“Bila mereka naik ke pentas dan menyampaikan perkongsian, sebagai orang yang berada di industri seni, kita tahu kritiria-kritiria penyampaian yang baik terutamanya daripada aspek lontaran suara, interaksi bersama penonton dan eye contact.
“Jadi, untuk aspek-aspek itu, kita boleh berikan komen dan nasihat-nasihat yang berguna.
“Pada akhirnya nanti, kita mahu para mualim ini dapat menjadi individu yang memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat.
“Saya mahu mereka ini menjadi antara penceramah yang hebat, mempu buat program besar serta menjawab soalan dengan baik. Kita ada penceramah yang sebegitu tapi kita nak lahirkan lebih ramai,” akhirinya.
Mualim Muda bakal bersiaran bermula 19 Disember ini, jam 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Prima (105), serta boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.