Pasti ramai yang minat dengan penyanyi dari sebarang ini, Ariel daripada kumpulan Noah atau dahulunya lebih dikenali dengan kumpulan Peterpan.

Ariel yang ditemui oleh sebuah portal hiburan memberitahu bahawa dia tiada sebarang perancangan untuk berkahwin lagi buat masa ini.

Ariel Noah Belum Terfikir Nak Kahwin Lagi

Kata Aeril, dia tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin lagi kerana dia sudah mempunyai seorang cahaya mata yang kini sudah berusia 12 tahun.

IKLAN

“Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan adalah saya masih solo dan belum berkahwin untuk kali kedua.

 

“Khabar angin yang keluar sebelum ini adalah tidak benar dan saya tidak mahu berfikir mengenai hal tersebut kerana fokus utama saya adalah kerjaya,” katanya kepada Astro Gempak.

Ariel Noah Belum Terfikir Nak Kahwin Lagi

Tambah penyanyi ini lagi, buat masa ini dia mahu bercerita tentang kariernya dalam bidang seni dan tidak mahu mencampur adukkan kisah peribadi dengan kerjaya.

Terdahulu kumpulan Noah ini dikenali dengan nama Peterpan namun selepas Aeril dibebaskan daripada penjara dia dan ahli anggota kumpulan yang lain sepakat untuk menukar nama kumpulan mereka.

IKLAN

Ariel Noah Belum Terfikir Nak Kahwin Lagi

Aeril terdahulunya pernah mempunyai detik hitam di dalam industri seni di mana dia pernah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Bandung kerana didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi.

IKLAN

Walaupun pernah melalui detik hitam itu namun Aeril tidak patah semangat dalam mengejar cita-citanya untuk terus menjadi seorang penyanyi dan penghibur.

Pada 25 November akan datang Aeril dan seluruh anggota kumpulan Noah akan mengadakan konsert di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI