Gara-gara kerap menerima gambar dan mesej-mesej berbaur lucah di Instagram, Ieda Moin akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur pada Ahad.

Menurut Ieda, individu yang menggunakan nama akaun @Jack011113 itu dikatakan telah menghantar foto kemaluannya di ruangan ‘direct message’.

“Apabila Disekat, Individu Berkenaan Buat Akaun Baru,” – Kerap Terima Gambar Tak Senonoh, Ieda Moin Report Polis “Apabila Disekat, Individu Berkenaan Buat Akaun Baru,” – Kerap Terima Gambar Tak Senonoh, Ieda Moin Report Polis

Bukti laporan tersebut telah pun dikongsikan oleh Ieda menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ieda Moin Page (@iedamoin79)

“Pada 17 Oktober, lebih kurang pukul 4.58 petang semasa berada di PICC Jalan P5, Presint 5, Putrajaya, saya telah menerima mesej melalui Instagram saya yang dihantar oleh pemilik akaun @Jack011113.

“Pemilik pemilik akaun tersebut menghantar gambar serta video lucah kepada saya iaitu gambar kemaluan miliknya.

IKLAN

“Pemilik akaun tersebut turut menghantar tangkap layar gambar milik saya dan anak-anak yang diambil dari akaun milik saya,” tulis Ieda dalam laporan polis tersebut.

“Apabila Disekat, Individu Berkenaan Buat Akaun Baru,” – Kerap Terima Gambar Tak Senonoh, Ieda Moin Report Polis “Apabila Disekat, Individu Berkenaan Buat Akaun Baru,” – Kerap Terima Gambar Tak Senonoh, Ieda Moin Report Polis

Pelakon filem, Kampung Latah Kena Kuarantin ini turut menambah, insiden berkenaan bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya, dia juga pernah menyekat hampir lima akaun yang digunakan oleh individu tersebut.

Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan seperti tidak pernah serik lantas, tindakan yang lebih serius harus diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

IKLAN

“Untuk makluman, ini bukan kali pertama individu yang tidak dikenali ini menghantar gambar serta video kemaluannya kepada saya.

“Sebelum ini saya telah sekat lebih kurang lima akaun yang digunakan individu ini. Apabila disekat, individu berkenaan akan membuat akaun baharu untuk mengganggu saya dengan menghantar video serta gambar-gambar lucah,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menyokong tindakan yang diambil oleh Ieda selain turut menasihati agar lebih berhati-hati lagi selepas ini.

“Ya Allah, apa hal orang ni? Gila eh? Dik take care tau.

IKLAN

“Mental ni. Kalau waras tak buat macam gitu.

“Psyco mana yang buat kerja gila ni. Hati-hati kak.

“Cik Da semoga dalam lindungan Allah SWT. Mesti Cik Da trauma,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Apabila Disekat, Individu Berkenaan Buat Akaun Baru,” – Kerap Terima Gambar Tak Senonoh, Ieda Moin Report Polis

Dalam perkembangan lain, Ieda kini merupakan antara peserta yang bertanding di program Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulan Otai yang turut dianggotai oleh pelawak, Azli Senario dan Acong Sweetchild.

Sumber: Instagram Ieda Moin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI