Gara-gara terlalu gemarkan dengan penyanyi Baby Shima, anak kepada Datin Almy Nadia turut sama mengikut gaya tarian penyanyi itu.
Kongsi Almy, kedua-dua anak perempuanya iaitu Nur Afrina Arianna dan Nur Afrina Aurora menyanyikan lagu dendangan Baby Shima berjudul Pura-Pura Bujang.
“Taktau nak cakap apa… pening sat … sbb dia punya fanatik ngan @babyshimaofficial .
“Sikit sikit lagi @babyshimaofficial adoiiii .. dia boleh hafal lagi @babyshimaofficial … apa jadi kat baby shima pun dia tau ok,” tulisnya.
A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on
Menerusi video tersebut, kanak-kanak berusia empat dan tiga tahun itu sakan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan sambil diiringi dengan tarian.
Ads
Sekali gus, ia mendapat perhatian nerizen yang rata-ratanya terhibur dengan melihat aksi spontankanak-kanak comel itu.
Ads
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 50,000 tontonan selepas dimuat naik Almy beberapa jam lalu.
Bagaimanapun, Baby Shima masih belum memberikan respon terhadap aksi cilik kanak-kanak ini.
Video: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang telah pun selamat dirisik bakal suami dalam sebuah majlis yang dilangsungkan sebentar tadi.
Difahamkan, keluarga belah lelaki yang berasal dari Kelantan, telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Turut disempurnakan ialah sesi menyarung cincin buat Elly Mazlein oleh ibu bakal suami sebagai simbol penyatuan dua jiwa.
Majlis tersebut hanya dihadiri kedua ahli keluarga.
Semalam, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu ada memuat naik beberapa foto yang berkaitan dengan majlis yang bakal dilangsungkan itu di Instagram.
Menerusi sekeping foto yang dikirimkan pembaca, bintang itu dilihat cantik mengenakan gaun rona keemasan sedondon dengan permata hati, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia tiga tahun.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, bagaimanapun berpisah pada 15 Oktober 2015.
Elly menerusi temu bual bersama media mengakui bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun semuanya akan dijelaskan secara terperinci menerusi satu sidang media khas.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 25 September 2018 merupakan tarikh mendukacita buat dunia hiburan tempatan apabila kehilangan figura ikonik irama tradisional Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah.
Bagi memperingati jasa dan alunan muzik insan seni itu, konsert ‘Karya Agung Pak Ngah Bersama Orkestra Tradisional Malaysia Dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan diadakan pada 14 dan 15 November ini di Istana Budaya.
Bakal mempersembahkan tujuh buah lagu karya Allahyarham Pak Ngah, bintang yang mesra disapa Tokti pastinya menyimpan 1001 memori bersama saat bergandingan bahu melebarkan hasil penciptaan lagu-lagu berirama tradisional.
“Arwah (Pak Ngah) memang suka bergurau. Walaupun dengar macam kasar, tapi siapa yang boleh terima, terima sahajalah.
“Lama-kelamaan, saya faham dan terima cara arwah bergurau. Momen itu menjadikan satu kenangan bagi saya sampai sekarang.
“Seperti saya, ketika itu masih pelajar sekolah, terkejut dan tergamam juga pada mulanya,” kata TokTi kepada MH.
Terdahulu, penyanyi Cindai ini ditemui di sidang media Karya Agung Pak Ngah Bersama Orkestra Tradisional Malaysia Dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada Khamis.
Membuka kisah pada awal kerjayanya, penyanyi lagu Anta Permana ini terkenang akan situasi bersama arwah.
“Permulaan selepas memenangi sebuah program di stesen TV, saya perlu menyanyikan lagu orang lain dan ketika itu arwah mengatur susunan muzik dan rakam lagu di studionya.
“Jadi, saya ke sana dan ketika itu ada ramai artis senior. Saya merupakan orang terakhir dan arwah mahu lihat bakat saya menyanyi dan saya teruskan,” kongsi Tokti tersenyum mengimbau memori bersama.
Memuji keperibadian arwah seorang yang penuh dengan kasih sayang, Tokti mengabadikan setiap kenangannya sehingga kini.
“Pak Ngah sudah macam keluarga sendiri. Kami sama-sama lalui kesusahan sewaktu mahu menjadikan konsert pertama saya dan ketika itu dia jadi pengarah persembahan.
“Saya duduk rumah Mak Ngah (isteri arwah), makan bersama dan gelak ketawa bersama. Jadi arwah seorang yang penyanyang dan kasih sayang dia saya boleh rasakan samapi sekarang,” jujur Tokti yang mengangkat nama arwah sebagai seorang yang sangat memberi insiprasi kepadanya.
Meksi padat dengan jadual harian, namun Tokti tetap mahu meneruskan konsert ini.
“Pelbagai cabaran untuk mengadakan konsert ini kerana jadual saya yang sangat padat, selain masalah kesihatan saya yang kurang mengizinkan.
“Tapi dengan izin Allah, jadi saya terlibat dalam konsert ini. Alhamdulillah,” akurnya.
Konsert tersebut bakal digandingkan bersama barisan penyanyi yang bersuara lantang seperti Ernie Zakri, Syamel, Asmidar dan Rojer.
Harga tiket boleh dibeli melalui www.ariasiaredtix.com bermula dari harga RM86, RM116, RM236, RM 276, RM366,RM446 dan RM556.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memuat naik keputusan akhir sewaktu menjalani Asasi Undang-Undang sewaktu di UiTM dengan CGPA 3.95, hos dan pelakon Uyaina Arshad memaklumkan, sekiranya dia tidak menjadi selebriti, pasti kini bergelar peguam.
Walau bagaimanapun jelasnya, apa yang penting seseorang harus ikhlas dengan jalan sahaja kerjaya yang dipilih.
“Once upon a time. Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer. “Siapa dekat sini yang belajar bidang lain, lepas tu kerja bidang lain? Kita geng! “Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas!” tulisnya lagi.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.