Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang telah pun selamat dirisik bakal suami dalam sebuah majlis yang dilangsungkan sebentar tadi.
Difahamkan, keluarga belah lelaki yang berasal dari Kelantan, telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Turut disempurnakan ialah sesi menyarung cincin buat Elly Mazlein oleh ibu bakal suami sebagai simbol penyatuan dua jiwa.
Majlis tersebut hanya dihadiri kedua ahli keluarga.
Ads
Semalam, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu ada memuat naik beberapa foto yang berkaitan dengan majlis yang bakal dilangsungkan itu di Instagram.
Menerusi sekeping foto yang dikirimkan pembaca, bintang itu dilihat cantik mengenakan gaun rona keemasan sedondon dengan permata hati, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia tiga tahun.
Ads
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, bagaimanapun berpisah pada 15 Oktober 2015.
Elly menerusi temu bual bersama media mengakui bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun semuanya akan dijelaskan secara terperinci menerusi satu sidang media khas.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nora Ariffin ada berkongsi berita sedih menerusi laman media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.
Difahamkan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Persimpangan Dilema telah jatuh sakit dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 46 tahun ini meluahkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan meski diuji dengan ujian hidup.
“Sesungguhnya….Terlalu banyak nikmat lain yg Allah beri kepada saya berbanding dengan ujian sekecil ini.
“Allahuakbar……syukur Ya Allah.Ini adalah sekadar ujian kecil. Kerana ujian ini mengingatkan saya bahawa kita ini sangat lemah & rapuh.
"Kerana ujian ini menyebabkan saya sedar, hidup kita mmg sementara.
“Kerana ujian ini….saya sedar semua yg saya punyai hanyalah pinjaman saja.
Kerana ujian ini….saya sedar saya tak bole bergantung & berharap pada sesiapapun.
Kerana ujian ini…saya tahu ini adalah penghapus dosa saya. In Shaa Allah
“Kerana ujian ini…..saya sedar kita hanya mampu merancang, Allah menentu segalanya.
"Kerana ujian ini…..saya sedar kita tak boleh sombong dgn manusia apatah lagi lagi dgn Allah. Dan….akhir sekali..
“SYUKUR ALHAMDULILLAH….Kerana ujian ini…..saya lebih perbanyakkan lagi taubat saya dan ISTIGFAR.Allahuakbar…Syukur Ya Allah….diatas ujian ini.Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah. Semoga Allah ampunkan dosa- dosa kita semua,” tulisnya panjang lebar.
Berkongsi momen personal mengadap Yang Maha Esa, suami Abby Abadi, Faizal Zakaria bermunajat kepada Allah SWT agar memberi kesihatan terbaik untuk bayinya yang baru lahir secara pra-matang.
Atas ujian yang diturunkan, tiada apa yang dipintanya selain dipermudahkan urusan bayi lelaki yang digelar Baby D.
“Kepada Mu kami bersujud, Kau tunaikan setiap pemintaan kami ini…berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D kami
“RepostBy @abby_abadi112: ““Setiap kesulitan pasti ada kemudahan” Semat dalam hati, kita antara yg terpilih.. ALLAH uji sebab ALLAH sayang @jaiezzany.
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya” (HR Tabrani dari Abu Umamah).
“ALLAH uji sebab ALLAH tahu kita mampu melaluinya. ALLAH uji sebab ALLAH rindu dengan suara kita.
“Tenanglah duhai suami, terima ujian ia dengan redha dan ikhlas. “Setiap Kesulitan pasti ada kemudahan”. Yakinlah dgn ALLAH yg Maha Berkuasa lagi Maha Mencintai hamba2NYA.
“Bila diuji dengan kesakitan, inilah yg membuat kita saling menghargai & mengajar kita untuk jadi lebih kuat. Ujian inilah sebenarnya mematangkan untuk kita terus melalui kehidupan yang lebih mencabar dimasa2 akan datang. Doakan lah kami. Tak lalu jalan ni, kami takkan pernah tahu setakat mana “kekuatan” yg kami ada.
“Kami mengadu padamu ALLAH, kerana KAU lah sebaik-baik tempat mengadu. Menangis saat bersama. Memang tak tertahan dah air mata ini… Ketika ujian inilah sebenarnya KAU mengukur iman kami, semakin dekat atau jauh darimU . Doakan kami Sahabat. Ada yg kami tak mampu nk kongsikan dalam waktu ini. Hanya mengharapkan doa dari anda semua untuk mengubah takdir Baby kami . Terusss kuat ye suami.
“Semoga kita sama2 terus kuat utk terima apa sahaja yg ALLAH tentukan. #MohonTerusDoa #UntukBabyDkami” (via #InstaRepost @AppsKottage),” kongsi Faizal mengulang siar post Abby di Instagram miliknya.
Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Faizal Zakaria
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.