Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah menyifatkan personaliti Intan Liana Saleh sebagai seorang yang lemah lembut dan ayu meski keduanya tidak pernah bersua muka.
Kenyataan tersebut diberikan isteri kepada Shuib itu teruja melihat rakaman ibu tunggal terbabit menggayakan persalinan muslimah dari jenamanya, Loveta.
“Walau x prnah bjumpe, Sarah suke tengok perwatakan Intan ni. Lembut & ayu je orangnya. Apa saja yang jadi, die tenang n macam xde masalah.
Ads
“Sarah doakan moga @__iiiintan.saleh sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Moga diberi kesihatan yg baik2 untuk besarkan anak2 n bahagia dengan kehidupan yang ade sekrng.
“Sarah sbnarnye excited bila staff tunjuk video Intan pakai baju @lovetahq ni. MashaAllah cantiknye awak Intan.
Ads
“Percaya tak, yg hijab nie bkn utk pelindung diri je, tp ia jadi simbol kekuaatan n keindahan yang ada pd diri orang itu,” tulis Sarah menerusi satu pautan video yang dikongsinya di Instagram.
Paparan tersebut sehingga kini sudah pun menerima hampir 30,000 tontan bersama pelbagai respon yang ditingggalkan menerusi ruangan komen.
Ads
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan dirinya memang sudah lama menjangkakan beberapa kawasan di Lembah Klang bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 gara-gara kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat hari demi hari.
Jelas Dr. Say, dia telah meneliti segala intipati yang telah dijelaskan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob namun, dia juga tidak menafikan terdapat juga beberapa perkara yang telah mencetuskan kekeliruan difikirannya.
“I Was Right Again. Yang kita bakal PKP 3.0. By “kita” i mean 6 daerah di Selangor yang mana Cyberjaya termasuk dalam salah satu daerah tersebut.
“Saya teliti intipati sidang media Datuk Seri Ismail Sabri petang tadi mengharapkan yang mungkin PKP 3.0 ni macam yang kita harapkan dari post saya yang lepas yakni “seketat PKP 1.0” tapi as expected ia macam PKP 2.0.
“Ziarah hari raya pertama dibenarkan, takbir & solat sunat Aidilfitri dibenarkan, aktiviti ekonomi dibenarkan (dengan SOP ketat katanya). Basically sama macam sekarang cuma seperti biasa tak boleh rentas daerah tu jelah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, walau apa pun yang berlaku, dia tetap akan menuruti apa sahaja saranan kerjaan yang ketika ini sedang bertungkus lumus untuk memutuskan rantaian Covid-19.
“Seperti biasa juga, lepas habis sidang media tu terduduk sy dibuatnya. Sebab seperti biasa juga ada elemen2 confusion di situ. Contohnya, tak dibenarkan pengajuran rumah terbuka tapi dibenarkan ziarah hari raya pertama tidak melebihi 15 orang pada satu masa.
“Apa bezanya? Ziarah raya pertama ada makan-makan dan lepak-lepak macam rumah terbuka gak kan cuma mungkin rumah terbuka bunyinya susah sikit nak manage crowds lah kot dak?
“Apa-apa pun, keputusan dah dibuat, siapalah kita untuk persoalkannya maka sama-sama lah kita patuhi apa yg telah ditetapkan,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai reaksinya berhubung jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat hampir setiap hari, bapa kepada seorang anak ini tanpa berselindung mendedahkan dia sememangnya berasa sangat bimbang dengan situasi yang melanda negara ketika ini.
“Nampak gaya tahun ni raya di Cyberjaya jelah gamaknya. Agak menakutkan kes kematian arini (23 kematian) menghampiri kes kematian tertinggi negara kita pada 18 Feb yakni sebanyak 25 kematian.
“Tengok jumlah pesakit yg memerlukan bantuan alat pernafasan di ICU pun mengerikan (181 pesakit). Penat sebenarnya layan natang Covid ni.
“Walaupun saya tak berdepan dengannya on a daily basis tapi baca berita Covid, baca nombor Covid, dengar kisah people affected by Covid agak draining mentally.
“Takpelah slowly but surely we will win this war against Covid-19. Let’s do this together peeps! Duduk daerah diam2, jangan melangakui batas & jangan mengilai-ngilai ke Nilai,” akhirinya.
Terdahulu, Datuk Seri Ismail telah pun mengumum pelaksanaan PKP di beberapa daerah di negeri Selangor akan bermula pada 6 Mei sehingga 17 Mei depan.
Sumber: Instagram Dr Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon Sheera Iskandar iaitu Mohd Halim Abdul Gani, mendedahkan dia mula berkenalan dengan isterinya itu dengan menghantar mesej di Instagram sebagai kapasiti seorang peminat.
Menyingkap awal perkenalan mereka, Halim, 34, memetik Wacana mengakui, dia memberanikan untuk memulakan langkah pertama sebaik pertama kali bertentang mata di balai polis tempatnya bertugas di Labuan, Sabah.
“Gara-gara diejek oleh rakan-rakan kerana watak Halimah Jonggang kerana ia bersangkut paut dengan nama saya, perkara itu secara langsung menjadikan saya ingin tahu mengenai drama terbabit.
“Lama-kelamaan saya tersangkut pula dengan drama itu selepas teraju utamanya berubah wajah. Selepas drama itu, kebetulan saya menonton drama Si Capik yang turut menampilkan Sheera.
“Jadi dalam hati saya simpan impian, jika dapat berjumpa dengan Sheera suatu hari nanti, pastinya saya tidak melepaskan peluang itu,” katanya.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada kira-kira pukul 6 petang Isnin lalu dalam majlis serba sederhana yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.
Halim pada masa sama turut menambah, dia bersyukur kerana proses perkenalan itu dipermudahkan.
“Sudah lama sebenarnya saya mencari jodoh, cuma belum dipertemukan dengan yang insan istimewa itu. Alhamdulillah… pada saat bertentang mata dengan Sheera, segala urusan dipermudahkan.
“Selama 11 tahun saya berkhidmat di Labuan, jadi saya memohon untuk pulang kerana ingin mendirikan rumah tangga. Permohononan saya terus diluluskan dan kini berkhidmat di Kajang, Selangor,” katanya.
Sementara itu, Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, pula menjelaskan, dia pada mulanya hanya melayan mesej yang dihantar suami dan menganggap dia meminati drama bersiri, Gerak Khas.
Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.
Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan raja sehari.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui berasa amat terkejut selepas mengetahui ibunya merupakan salah seorang kontak rapat dengan mangsa pesakit Covid-19.
Jelas Nubhan, ibunya itu difahamkan telah menjadi kontak rapat sewaktu menghadiri aktiviti solat terawih pada hari terkahir Ramadan baru-baru ini.
Katanya lagi, tambah membimbangkan apabila pesakit yang telah dijangkiti Covid-19 tersebut dikhabarkan baru sahaja meninggal beberapa hari yang lalu.
“Berderau jantung bila dapat tau mak adalah contact rapat mangsa covid 19 di Masjid Juasseh (solat tarawih) akhir ramadhan haritu.
“Dan yang paling merisaukan bila mangsa itu baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Takziah buat keluarga mangsa,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh bintang Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.
Sehubungan itu juga, Nubhan difahamkan telah membawa ibunya itu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
Malah, bapa kepada dua orang anak ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ibunya itu.
“Ya Allahhh, kau jauhkanlah mak aku dari bencana wabak ini. Lindungilah mak aku dari segala perkara buruk. InsyaAllah esok akan tau resultnya. Debarannya hanya tuhan yang tau
“Saya mohon doa semua orang agar mak saya negative wabak durjana ini. Semoga Allah melindungi kita semua dan mengangkat wabak durjana ini dari muka bumi ini. Aminn. I love you mak. They love you mak jenny,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat Nubhan sekeluarga.
Sekadar informasi, Nubhan sebelum ini sering kali berkongsi mengenai telatah ibunya itu di saluran Youtube miliknya sehinggakan ibunya itu semakin dikenali ramai dan turut popular dengan panggilan Mak Jenny.
Sumber: Instagram Nubhan Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.