Semalam pelakon, Abby Abadi ada memuat naik sebuah entri berkenaan penganjuran konsert kumpulan K-pop popular, Blackpink.
Entri tersebut dilihat menerima komen pelbagai di kalangan peminat K-pop di Malaysia.
“Jap jap sebelum tidur tu nak tanya takda siapa buat demo ke Blackpink ni pakai skirt pendek nau buat konsert kat Malaysia ni? Haritu Selena Gomez bukan main huru hara lagi sampai buat solat hajat kat depan stadium. Yang ni?
“Apa yang bestnya Blackpink ni ye. Sorry saya tertinggal bas. Tertengok haritu baru tahu pasal Blackpink,” tulisnya.
Ads
Ada di antara komen yang ditinggalkan pengguna media sosial turut dibalas Abby. Malah, ada juga yang mengaitkan saat bintang itu menyertai Elite.
“Antara yang terbodoh dikalangan terbodoh komen awak nilah. Sorry ye kalau terlepas sebab kesian. Minta sedar diri supaya tidak menyusahkan ahli keluarga lain. Sorry,” tulisnya.
Ads
Di ruangan komen, ada netizen yang memberikan komen melampau dan ada juga yang meminta pelakon itu supaya berdiam diri dari memberi sebarang reaksi.
Ads
Konsert sulung Blackpink di Malaysia ini merupakan salah satu siri jelajah dunia BLACKPINK 2019 WORLD TOUR (In Your Area) dan berlansung selama dua hari 23 dan 24 Februari 2019.
Sumber: Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagaimanapun, ramai pula yang bertanya mengenai diri bintang tersebut memandangkan dari foto yang dikongsi, wajahnya kelihatan sedikit sembab dan tidak bermaya.
Mengisahkan seorang anak muda Bernama Bidin Al-Zaifa yang kini sudah mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang permotoran.
Menariknya, filem Bikers Kental 2 ini membawa plot yang lebih hebat apabila Bidin mahu memperisterikan Cherry Porntit dari Hatyai, Thailand, namun hubungan mereka berada di jarak jauh.
Dalam mengejar cinta Cherry, Bidin bertemu musuhnya, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap.
Secara tidak langsung, Pornthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin kerana tidak berjaya mendapatkan wang yang dicuri Bidin.
Setiba sahaja Bidin di sebuah warung di Hat Yai, dia ternampak Cherry bersama seorang lelaki kacak sedang menolongnya. Lantas, Bidin mulai berasa cemburu dan ingin menyerang lelaki itu.
Realitinya, lelaki berkenaan adalah abang kepada Cherry iaitu Ananda.
Disebabkan salah faham itu, Bidin meminta maaf, bagaimanapun Ananda tidak berapa menyenangi sikap Bidin gara-gara pergaduhan tersebut.
Adakah Bidin berjaya mendapatkan cinta sejati dari Cherry apabila banyak halanagn dan dugaan yang berlaku di Thailand? Jangan lupa saksikan filem bergenre aksi ini di pawagam pada 14 Mac ini.
Selain itu, filem aksi ini diterajui barisan pelakon tempatan seperti Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi bergandingan dengan pelakon Thailand seperti Meau Julallangtip dan Kaewkorravee.
Diarahkan oleh pengarah terkenal, Helmi Yusof yang telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Calif Work Studios Sdn Bhd dan mereka telah berjaya menghasilkan filem seram iaitu “Seru” arahan Woo MingJin.
Jadi, kepada pembaca MH yang berminat untutk memenagi barangan ekslusif filem Bikers kental 2 boleh ke Instagram Media Hiburan, @mediahiburanofficial dan jawab seoalah yang mudah!
Terbaru pelakon Ika Nabella telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya ketika dia sedang meluangkan masa bersama suaminya, Muhammad Zaid Aznam.
“We’re not the romantic type.Type peluh gesel2, kentut depan muka ni.Wrestling tu normal. Biar ah.Harap bahagia sampai ke syurga. Tu ja”
“P/S : aku tag ig laki aku tu jgn ada nokdaro jando pi dm dia ajak wrestling pulak.Aku rockbottom muka kau nnt. TQBunyi mcm elok naw laki aku tu khen. Lol” tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.