Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus dedikasi di dalam meneruskan misinya.

Terbaru jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan telah kempen 2 Juta Bangkit Belajar dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Rabu.

Bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama’, usaha pusat ilmiah itu dilihat sejajar dengan objektinya demi menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.

Bagaimanapun inisiatif berkenaan terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga lima dan serentak dengan kempen tersebut, penyanyi remaja Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan.

“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

Berkongsi mengenai perlantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, mereka kini mempunyai dua orang duta.

“Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu.

“Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” katanya.

IKLAN

“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.

“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.

“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya lagi.

“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar “Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

IKLAN

Sementara itu, Cikgu Fana menjelaskan sasaran 2 juta pelajar dalam kempen terbabit diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.

“Bermula 27 Oktober hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.

“Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi ‘trend’ dan tuntutan semasa saat ni,” katanya.

“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

IKLAN

“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

Ditanya kenapa membuka peluang kali ini kepada pelajar lain dan bukannya calon SPM, Cikgu Fana percaya usaha belajar awal itu tidak pernah menjadi satu kerugian.

“Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mula  belajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran.

“Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar

“Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah barisan pelajar cemerlang SPM  2020 selain single terkini Iman yang berjudul Nang turut dilancarkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI