Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tindakan krew-krew sebuah produksi filem di Hollywood yang mengadakan protes dengan meninggalkan set pengambaran sebagai tanda bantahan gara-gara terpaksa berkerja melebihi had waktu.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian daripada pelakon popular, Che’ Puan Juliana Evans.

“16 Ke 20 Jam Tu Normal, Tibai Selagi Boleh. Selagi Langit Tak Cerah,” – Juliana Evans“16 Ke 20 Jam Tu Normal, Tibai Selagi Boleh. Selagi Langit Tak Cerah,” – Juliana Evans

Menurut Juliana, dia mengingatkan permasalahan tersebut hanya berlaku di Malaysia tetapi krew-krew untuk produksi besar di Hollywood turut berdepan situasi yang sama.

“Dah lama nak cakap pasal issue ni sebenarnya. But I’ve always been shut by people about it,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Kami The Movies itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

“16 Ke 20 Jam Tu Normal, Tibai Selagi Boleh. Selagi Langit Tak Cerah,” – Juliana Evans

IKLAN

Katanya lagi, ada diantara mereka yang terpaksa bekerja hampir 20 jam dan perkara tersebut dianggap normal kerana ia sudah menjadi kebisaan sejak sekian lama.

“16 Ke 20 Jam Tu Normal, Tibai Selagi Boleh. Selagi Langit Tak Cerah,” – Juliana Evans

“Ingatkan dekat Malaysia. Hollywood pun ada problem with overworking hour on set. Itu baru 12-13 jam diorang dah bising.

“Malaysia? 16-20 jam tu normal. Tibai selagi boleh. Selagi langit tak cerah lagi,” kongsinya lagi.

Ciapan Juliana itu turut mendapat perhatian seorang netizen yang menyifatkan nasib krew-krew produksi ini harus dibela sama seperti pekerja kilang, restoran makanan segera dan butik fesyen.

IKLAN

“Sebagai budak kilang, selalu jugak terfikir. Orang-orang yang kerja fast food bukan 24 jam, fashion boutiques, krew filem semua hak diorang sebagai pekerja nak refer dekat mana?,” soal individu tersebut.

Lalu Juliana membalas, kalau pekerjaan biasa, badan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)boleh membantu mereka namun, perkara tersebut tidak diguna pakai bagi para penggiat seni.

“Kalau pekerjaan biasa ade KWSP yang protect workers kerja OT ke apa, tapi kalau pelakon dan krew kerja overtime?

IKLAN

“Tiada perbadanan yang protect. Actors can’t speak up most of the time,” ulasnya lagi.

Katanya lagi, tiada agensi atau perbadanan berkaitan yang memperjuangkan nasib pekerja kreatif berkenaan isu kerja lebih masa termasuklah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Isu caruman KWSP melibatkan para pekerja industri kreatif sememangnya sudah lama diperjuangkan namum sehingga kini masih belum bertemu jalan penyelesaian.

“16 Ke 20 Jam Tu Normal, Tibai Selagi Boleh. Selagi Langit Tak Cerah,” – Juliana Evans

“16 Ke 20 Jam Tu Normal, Tibai Selagi Boleh. Selagi Langit Tak Cerah,” – Juliana EvansDalam perkembangan lain, Jualiana kini dilihat sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Sa Balik Baju yang kini sedang ditayangkan di platform penstriman, Netflix.

Selain Juliana, filem ini juga turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Nadiya Nisa, Mira Filzah, Kaka Azraf dan ramai lagi.

Sumber: Twitter Instagram Juliana Evans

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI