Pengacara dan personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain telah pun selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada tanggal 3 September yang lalu.

Malah, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Syuhada turut memaklumkan dia sekeluarga telah pun menjalankan majlis aqiqah dan cukur jambul bersempena genap seminggu kelahiran cahaya mata perempuannya itu.

“Raja Ahmad would like to announce the end of his reign as the youngest child!

“And today is day 7 and Alhamdulillah we performed the offering of Aqeeqah, shaved her head and named her, Raja Aasiya Amaal. Alhamdulillah,” kongsinya.

Dalam pada itu, bekas pengacara program, Mingguan Wanita ini juga turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Raja Aasiya Amaal.

IKLAN

Anjur Majlis Aqiqah Selepas Genap Seminggu, Hos Nurul Syuhada Nurul Ain Umum Nama Anak Bongsu Anjur Majlis Aqiqah Selepas Genap Seminggu, Hos Nurul Syuhada Nurul Ain Umum Nama Anak Bongsu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Raja Aasiya membesar menjadi anak yang solehah serta penyejuk hati ayah dan ibu.

“Tahniah Syuhada dan hubby atas kelahiran baby comel. Semoga membesar sebagai anak solehah dan penyejuk mata kedua ibu bapa. Didoakan juga moga dikurniakan kesihatan yang baik buat mommy dan baby.

IKLAN

“Sedap nama Aasiya Amaal. Selamat berpantang Nurul.

“Alhamdulillah, bismillah masyaAllah. What a beautiful name. Selamat berpantang mommy.

“MasyaAllah she is gorgeous. Congratulation again Syud and hubby.

IKLAN

“Alhamdulillah, tahniah sis,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Anjur Majlis Aqiqah Selepas Genap Seminggu, Hos Nurul Syuhada Nurul Ain Umum Nama Anak Bongsu Anjur Majlis Aqiqah Selepas Genap Seminggu, Hos Nurul Syuhada Nurul Ain Umum Nama Anak Bongsu

Sekadar informasi, Syuhada dan suaminya, Raja Amir Raja Azwa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2014.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Anjur Majlis Aqiqah Selepas Genap Seminggu, Hos Nurul Syuhada Nurul Ain Umum Nama Anak Bongsu Sumber: Instagram Nurul Syuhada Nurul Ain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI