“Sebenarnya ada yang cadangkan saya untuk lakukan prosedur kecantikan dan bayar secara ansuran bulanan. Tapi saya tiada keinginan lagi untuk berbuat demikian.”
Itu pendirian penyanyi dan usahawan, Ani Maiyuni yang mengakui pernah mendapat tawaran untuk melakukan prosedur rawatan kecantikan moden termasuk pembedahan bariatrik (potong usus) sebelum ini.
Menurut Ani, 45, buat masa sekarang dia lebih senang untuk menjalani gaya hidup sihat namun menghormati setiap pandangan orang.
“Bagi saya bila usia kita makin bertambah dan kita pula buat prosedur hanya semata-mata nak kurus, rasa takutlah pula nak buat. Saya pun bukannya muda lagi. Untuk saya kalau nak diet, biarlah secara alami.
“Meski lambat tapi tak beri kesan pada jangka masa panjang. Dalam usia saya yang begini, tak tahu apa yang akan jadi di kemudian hari. Apa pun, saya hormati pendirian masing-masing,” katanya kepada MH.
Ani berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk minuman, Ellojoy Sacha Inchi di Shah Alam, pada Sabtu.
Ditanya sejauh mana minatnya untuk melakukan rawatan kecantikan pada bahagian wajah, penyanyi lagu Sedap ini mengakui dia tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.
Ads
“Saya tak mudah terpengaruh dalam bab-bab macam ni. Daripada dulu pun, kalau ada yang suruh saya cucuk hidung untuk bagi mancung, saya tak terfikir nak buat. Kita makin hari makin tua, soal rawatan semasa mesti nak kena jaga juga.
“Kalau ada kedut-kedut itu biasalah. Sudah namanya faktor umur, nak buat macam mana? Dekat 30 tahun dalam industri, Lillahi Ta’ala saya memang tak pernah cucuk muka. Kalau pergi lakukan facial di spa itu pernah lah.
“Botox ke… filler ke tak pernah. Gigi kakak jarang pun tak pernah buat lagi dik. Pernah ada yang nak taja saya buang ‘kelopak bunga’ pada hidung, tapi tak mengapalah. Lagi pun saya takut dengan rasa sakit,” katanya lagi.
Sementara itu, Ani yang juga rakan niaga kepada minuman Ellojoy Sacha Inci turut mengajak peminat kopi supaya bijak membuat pilihan.
“Kita tahu ada yang pandang minuman berjenama dan ikut trend, cuma pada saya apa yang utama ialah kita terlebih dulu perlu tahu akan khasiat kopi yang diminum serta adakah ia menawarkan harga yang berbaloi.
“Kalau ikut trend memang ada kopi yang harga ‘kayangan’, tapi apakah bahan serta jenis kopi yang digunakan kadang kala sukar diketahui. Ellojoy misalnya mengandungi bahan utama iaitu serbuk Kopi Arabika, serbuk sacha inchi, ekstrak halia hitam dan cendawan susu harimau.
“Sebelum setuju menjadi rakan niaga, saya sendiri dan keluarga sudah mula minum kopi ini sejak April lalu dan Alhamdulillah memberikan kesan yang baik dalam gaya hidup saya,” katanya.
Ellojoy Sacha Inchi sudah berada di pasaran sejak April lalu dan dijangka mencapai jualan mencecah setengah juta kotak sehingga 2024.
Ads
Minuman berkenaan dijual dengan harga pasaran RM39.90 sekotak namun kini hanya RM25 sepanjang tempoh promosi dan boleh didapati secara eksklusif melalui U-Joy, Master U-Joy dan secara online.
Lebih menarik Ellojoy Sacha Inchi juga menawarkan peluang pendapatan kepada mereka yang berminat dan ia selari dengan pegangan syarikat itu iaitu Success Together, bersama-sama mencipta kejayaan dalam perniagaan.
Produk yang turut mendapat pensijilan halal dan pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) itu pernah diperkenalkan di pasaran antarabangsa pada World Halal Business Conference 2023 baru-baru ini.
Selain Ani, turut diperkenalkan sebagai rakan produk Ellojoy Sacha Inchi ialah pempengaruh, Joe Aziz.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Didie Alias mendedahkan anak keempatnya, Nur Dayini, 23, didapati positif Covid-19 pada Rabu dan kini sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Semalam.
Didie, 49, menjelaskan, sebelum itu dia bersama adiknya menjaga bapa mereka, pelakon Ridzuan Hashim di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat paru-paru berair sebelum didapati positif wabak berkenaan.
Selain Dayini, Ridzuan turut didapati positif Covid-19.
“Dua orang anak saya memang menjaga bapa mereka beberapa hari sebelum berpuasa akibat serangan jantung tapi sudah dibenarkan pulang rumah selepas keadaannya baik.
“Tiba tiba bapa mereka diserang kali kedua dan dia beradik itu turut menjaga di hospital, tidak ada kena mengena dengan Covid-19. Akan tetapi, tiba-tiba dapat tahu ada yang dijangkiti.
“Bekas suami lakukan ujian calitan dan didapati positif. Selang dua tiga hari, anak saya yang keempat mulai demam dan tekaknya kering. Dia juga positif selepas melakukan ujian calitan,” jelasnya yang turut memberitahu anaknya itu telah dihantar ke Maeps dua hari lalu.
Ditanya mengenai keadaan terkini anaknya itu, Didie yang kini muncul single berjudul Tap Tap Love bersyukur kerana Dayini kian pulih.
“Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik cuma dia ada mengadu rindukan alat-alat tulis di rumah. Syukur juga, bapanya sudah pulang ke rumah selepas jalani kuaratin di Hospital Sungai Buloh.
“Keadaan bapa dia pun semakin baik cuma masih jalani kuarantin di rumah. Ini merupakan dugaan terbesar di bulan Ramadan.
“Tambahan lagi, ketika acara Raya Bersama Che Salmah sedang berlangsung. Malah beberapa hari sebelum ini, akaun Instagram saya yang mempunyai lebih 500,000 pengikut juga digodam.
“Tapi beberapa lalu saya sudah mendapatkan akaun berkenaan semual dengan bantuan pihak SRC Records. Saya anggap ini ujian. Insya-Allah ada hikmah atas segala apa yang berlaku,” katanya.
Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang sohor dengan imej ‘Miss Diva’, Ifa Raziah yang sering tampil memperagakan barangan kemas seperti loket hati gergasi, serta pengasas Serifa Beauty & Health mengakui bahawa cabaran wanita masa kini bukan hanya perlu tampil cantik semata-mata.
Malah, jelas Ifa yang kini merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas jenama StarVendors, wanita kini perlu berpendirian teguh, berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu terlalu bergantung sepenuhnya pada pasangan.
Ifa Bersemangat, Berdisiplin Dan Komited Dalam Kerja!
Ifa turut menjelaskan bahawa karakter wanita yang tegas dan berpendirian seperti ini yang membuatkan dirinya mempunyai kekuatan dalam mengendalikan urusan syarikat.
Sering membawa watak antagonis, hingga jelmaan wanita yang bermasalah itu sedikit sebanyak terpalit dalam kehidupan Ifa Raziah. Siapa sangka Ifa kini bergelar usahawan yang sangat menginspirasikan.
Kini Ifa mengadaptasi seluruh pengalamannya sebagai anak seni selama lebih dua dekad untuk memajukan bisnes pengurusan acara, StarVendors Event Sdn Bhd.
“Saya sebenarnya seorang individu yang bersemangat dan suka memberikan komitmen dalam setiap pekerjaan. Termasuklah dalam arena bisnes.
“Harapan saya agar suatu hari nanti semua kerja keras ini dapat meninggalkan legasi kepada anak-anak. Mungkin bila dah berusia nanti, saya dapat abadikan diri beribadah sepenuh masa sambil monitor saja bisnes yang mereka uruskan.” ujarnya.
“Jadilah wanita yang berduit kerana wanita yang cantik dah banyak!” – Ifa Raziah
Terkenal sebagai seorang wanita yang ekspresif, serta mempunyai sifat disiplin yang tinggi, rezeki Ifa Raziah dalam bidang seni terus mengalir tanpa henti.
Ifa kini terus mencatat satu demi satu kejayaan berskala besar ekoran strategi hidupnya, ingin sentiasa relevan dengan trend semasa.
Selain itu, Ifa turut memberikan satu kata semangat buat para wanita diluar sana agar “Jadilah wanita yang berduit kerana wanita yang cantik dah banyak!” dan kenyataan ini sedikit sebanyak berjaya mencuit perhatian kaum hawa.
Ifa Akan Terus Bebrakti Pada Dunia Seni, Selagi Relevan
Pernah menjulang trofi Artis Versatil Popular dua tahun berturut-turut di ABPBH29 & ABPBH30, Ifa Raziah yang berstatus Dato’ mula terlibat dalam industri seni sejak tahun 90-an lagi.
Seterusnya, bakat beliau berkembang sebagai pelakon, pelawak dan pengacara sebelum kini sebagai Pengasas serta Pengarah Urusan StarVendors Event Sdn Bhd.
“Selagi masih larat dan kudrat mengizinkan, saya mahu terus aktif dalam bidang seni.
“Sebenarnya saya banyak menerima job daripada stesen TV, kehadiran saya sedikit sebanyak menaikkan rating program,” tambahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://t.me/mediahiburanofficial
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!