Menyatakan rasa kagum atas usaha yang dijalankan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dalam meringankan beban petugas barisan hadapan, Lufya Omar memohon lebih ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan.

Ia adalah sebagai usaha membuat peralatan perlindungan diri (PPE) dapat diperluaskan lagi berikutan masih banyak hospital yang masih memerlukan sokongan.

“Kalau sister boleh jahit dah lama sis datang tolong jahitkan PPE sekali.

“Malangnya tak pandai la.. Sis bantu la apa yang mampu ya adik-adik ku yang berhati mulia ni. Lufya terpanggil untuk menyebarkan usaha murni anak-anak yatim, asnaf, OKU dari Rumah Pengasih Warga Prihatin @prihatinrpwp yang menghasilkan sendiri pakaian kelengkapan PPE untuk pejuang Frontliner kita yang sedang merawat pesakit Covid 19 ketika ini.

IKLAN

“Malu sis kalau tak turut sama membantu apa yang termampu untuk menyokong usaha murni kalian.

“Sedia maklum ketiadaan kelengkapan pakaian PPE di hospital mencetuskan idea mereka untuk melancarkan @projekpelangi bagi menerima sumbangan anda semua untuk menghasilkan lebih banyak PPE dan ada yang telah sampai kepada mereka.

“Jom sama – sama kita hulurkan bantuan di saat-saat memerlukan ini. Jangan lah kita tunggu kaya untuk bersedekah dan melakukan kebaikkan, tetapi di saat kita sendiri tengah susahlah kita bantu orang yang lebih memerlukan. Tak percayakah kita pada janji Allah? Jangan takut Allah pasti gantikan dengan berlipat kali ganda pemberian anda semua.

IKLAN

“Klik www.projekpelangi.com
Atau juga melalui Bank Rakyat
110801001568
Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin,” kongsinya.

View this post on Instagram

Kalau sister boleh jahit dah lama sis datang tolong jahitkan PPE sekali 😭 Malangnya tak pandai la.. Sis bantu la apa yang mampu ya adik-adik ku yang berhati mulia ni. Lufya terpanggil untuk menyebarkan usaha murni anak-anak yatim, asnaf, OKU dari Rumah Pengasih Warga Prihatin @prihatinrpwp yang menghasilkan sendiri pakaian kelengkapan PPE untuk pejuang Frontliner kita yang sedang merawat pesakit Covid 19 ketika ini. Malu sis kalau tak turut sama membantu apa yang termampu untuk menyokong usaha murni kalian. Sedia maklum ketiadaan kelengkapan pakaian PPE di hospital mencetuskan idea mereka untuk melancarkan @projekpelangi bagi menerima sumbangan anda semua untuk menghasilkan lebih banyak PPE dan ada yang telah sampai kepada mereka. Jom sama – sama kita hulurkan bantuan di saat-saat memerlukan ini. Jangan lah kita tunggu kaya untuk bersedekah dan melakukan kebaikkan, tetapi di saat kita sendiri tengah susahlah kita bantu orang yang lebih memerlukan. Tak percayakah kita pada janji Allah? Jangan takut Allah pasti gantikan dengan berlipat kali ganda pemberian anda semua ❤️ . . . Klik www.projekpelangi.com Atau juga melalui Bank Rakyat 110801001568 Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

IKLAN

Terdahulu, RPWP melancarkan inisiatif dengan menghasilkan pembuatan PPE seperti pelindung muka (visor), topeng muka (mask), coverall, gaun bedah, tudung kepala dan lain-lain untuk memenuhi permintaan yang amat tinggi oleh barisan hadapan negara yang sedang mendepani COVID-19.

Kira-kira 120 warga RPWP menyumbangkan tenaga dan masa mereka dengan sasaran menghasilkan sehingga 3,000 unit pelindung muka sehari.

Foto : Instagram Lufya Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI