Pelakon, Amyza Aznan ada berkongsi khabar duka apabila anak lelakinya, Andrea Mikhail telah terlibat satu kemalagan jalanraya, malam tadi.
Kongsi Amyza menerusi entri di Instagram, kemalangan tersebut berlaku selepas anaknya pulang daripada membuat rakaman lagu di sebuah studio rakaman.
Sambil menitipkan kata pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika memandu, pelakon versatil ini turut bersyukur atas ujian yang menimpa.
“Baru je balik dari studio. Terima kasih allah kerana melindungi anak ku. @andremikhail.kaaia hati ibu ni anak.
Ads
“Pesanan buat semua, nak masuk simpang tolong la bg signal. Saya tak marah. Saya dlm keadaan tenang. saya bersyukur kerana ini ujian baru buat saya dan anak2,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, bintang berusia 44 tahun ini menyifatkan apa yang berlaku sebagai peringatan dari Yang Maha Kuasa.
“Bagi saya ianya peringatan dari allah kerana allah tau saya sangat sayangkan anak2 dan setiap ujian allah ada kenikmatannya walaupon ia pahit,” tulisnya lagi.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang wanita yang didakwa telah mempersendakan agama Islam.
Wanita berkenaan yang juga merupakan pengasas jenama kosmetik itu dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berani memberitahu, tidak suka menunaikan solat dan pada tahun 2021, tiada lagi orang yang bersembahyang.
Kenyataan tersebut nyata mengundang reaksi ramai termasuklah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin.
Jelas Mila, dia berasa amat sedih
sebaik sahaja melihat video tersebut lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapinya dikemudian hari.
“Luluh hati dengar seorang saudara islam mengungkapkan kata kata secara lisan dan terang terangan “Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun tak reti’.
“Walaupun baru mengenali beliau atas isu diatas, hati terus berdetik laju mohon Allah hadirkan hidayah dan kembalikan beliau kejalan yang lurus,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Mila turut menitipkan doa semoga wanita tersebut diberikan hidayah untuk kembali semula ke jalan Allah SWT.
Katanya lagi, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan meskipun tak terhitung dosa yang telah kita lakukan.
“Kita semua pendosa, Allah tutup aib kita, Allah tetap limpahkan kasih sayang dengan memberikan rezeki dan pelbagai nikmat, kenapa kita sendiri yang bangga menceritakan aib tanpa rasa bersalah…
“Moga Allah terus jaga hati kita agar tidak berbolak balik. Lindungi kami Allah,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Mila selain turut menitipkan doakan semoga wanita berkenaan diberikan kesedaran dan ruang untuk bertaubat.
Sumber: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis yang didakwa mahukan wang hantaran sekurang-kurangnya RM20,000 sekiranya ada yang mahu berkahwin.
Menurut gadis berkenaan, sekiranya pihak lelaki tidak mampu untuk menyediakan jumlah tersebut, lebih baik berkahwin sahaja dengan wanita-wanita di negeri Sabah yang tinggal di pedalaman kerana wang hantaran mereka pasti lebih murah.
Kenyataan gadis tersebut nyata mengundang kemarahan ramai warga netizen terutamanya para penduduk di negeri Sabah.
Antara yang turut sama memberikan reaksi berhubung ini termasuklah penyanyi, Siti Sarah.
Jelas Sarah, gadis ini tidak sepatutnya memandang rendah terhadap gadis-gadis di Sabah kerana menyifatkan kebanyakkan daripada mereka memiliki kecantikan yang luar biasa.
“Salam sabtu semue. Sarah scroll-scroll IG, lepas tu terjumpe posting cam gini. MasyaAllah, Adik Alea yng cantik, Tuhan ciptakan setiap manusia semua sempurna.
“Setahu Kak Sarah, kat Sabah tu ramai wanita yang cantik-cantin, putih gebu, lawa-lawa semue nye. Rasanya adik dah salah konsep pasal hantaran ni. Tak kisah la berape pon hantaran, tu semua tak penting.
“Apelah agaknye perasaan orang-orang Sabah bile nampak ayat adik nie. Mesti sedih tau, kecil hati diorng. Okay nak throwback,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Sarah turut dilihat ada berkongsi kisah sewaktu mula-mula ingin berkahwin dengan suaminya yang juga merupakan pelawak, Shuib Sepahtu.
Katanya lagi, pada ketika tu bapanya telah meletakkan hantaran sebanyak RM15000 dan Shuib telah bersetuju untuk membayarnya tetapi secara hutang.
Sarah turut menambah, dia juga berasa amat bersyukur kerana keluarganya telah dimurahkan rezeki saat selepas berkahwin.
“Sarah teringat time kahwin dgn @shuibsepahtu dulu, hantaran time tu RM15K. Tapi Sarah nak bagi tau satu rahsia, RM15k tu hutang ye. Betholll, tak tipu.
“Sebab tak mampu nak baya time tu. Hutang dgn abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib struggle, dia bersusah payah nak bina kerjaye tapi apa yang sarah beli masa tu akhlak die, kerajinan die, tanggjwb die.. die tk pernah lupa tanggungjawab dia dengan sarah, dgn famili.
“Alhamdulillah pas kahwin tu, rezeki makin banyak. Shuib dapat duit kemenangan maharajalawak and nak bayar balik duit abah. Bila dah ada duit untuk bayar, abah kata jangan jadi bodoh. Simpan duit tu untuk anak nanti,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak ini turut berpendapat budi pekerti serta keperibadian yang baik adalah yang harus diberikan keutamaan berbanding wang ringgit
“Kita ni sebagai perempuan kene tengok lelaki tu jenis macam mana, baran ke , kedekut ke berkira ka. Kalau awal-awal kenal dah ajak kite kelua kalau mak bapak tak kasi, die ajar kita utk tipu mak bapak kita, tak mustahil die akan tipu kita.
“Macam mana dia dengan mak dia, kalau jenis melawan mak memng die takkan hormat kita sebagai isteri.
“Maybe bagi Adik Alea rasa bahagia dgan RM20K tu, tapi bagi orang lain nilai kebahagian bukan dari wang ringgit semata mate je tau.
“Moge adik-adik yang nak kawin tu jangan lah menekan-nekan sangat nak menunjuk kahwin sapa lagi gempak sebab kehidupan yang sebenarnya adalah selepas kenduri tu jangan lak ada yg buat loan beria akhirnya tersiksa,” akhirnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.