Semalam TV3 telah pun menayangkan program dukumentari khas, Kita Masih Belum Menang menerusi Majalah 3 yang memaparkan usaha dan komitmen para petugas kesihatan yang bertungkus lumus dalam merawat pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19.

Progam berkenaan nyata memberikan kesedaran kepada ramai pihak sehinggakan ia turut trending di laman Twitter.

Antara yang turut sama memberikan reaksi sebaik sahaja menonton dokumentari ini termasuk pelakon, Jasmin Hamid.

Menurut Jasmid, dia berasa amat tersentuh saat melihat tangisan ahli keluarga yang hanya mampu melihat pemergian orang yang mereka sayangi dari jauh.

Katanya lagi, dia sendiri tidak dapat membayangkan sekiranya insiden terbaru kepada keluarganya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Allahuakhbar. Innalillahiwainnaillahirojiun..
SELAMAT TINGGAL SEMUA.

IKLAN

“Sedih amat bila saya melihat Majalah 3 @tv3malaysia paparkan di saat terakhir para ahli keluarga di beri peluang untuk bercakap dengan pesakit Covid_19 sebelum beliau pulang menemui penciptaNYA.

“Saya bayangkan kalau ia terjadi pada saya atau ahli keluarga saya. Takziah buat uols yang telah kehilangan orang tersayang kerana WABAK ini.

“Semoga mereka yang telah pulang menemui penciptaNYA di tempatkan di dalam syurgaNYA tanpa HISAB dan takziah juga buat keluarga mereka yang bukan berugama ISLAM,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon Cukup Derita Itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.

IKLAN

“Kalau Ia Terjadi Pada Ahli Kelurga Saya…,” – Tonton Paparan Khas Frontliner Rawat Pesakit Covid-19, Jasmin Hamid Harap Semua Sedar “Kalau Ia Terjadi Pada Ahli Kelurga Saya…,” – Tonton Paparan Khas Frontliner Rawat Pesakit Covid-19, Jasmin Hamid Harap Semua Sedar “Kalau Ia Terjadi Pada Ahli Kelurga Saya…,” – Tonton Paparan Khas Frontliner Rawat Pesakit Covid-19, Jasmin Hamid Harap Semua Sedar

Dikesempatan itu juga, Jasmin turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan terutamanya di sektor kesihatan yang telah bertungkus lumus dalam merawat pesakit Covid-19.

“Semoga apa yang di paparkan oleh @tv3malaysia ini, dapat berikan kesedaran buat kita semua, betapa bahayanya WABAK ini.

“Berbanyak terima kasih kepada frontliners yang bertungkus lumus menjaga para pesakit Covid_19 hingga sembuh atau akhir hayat mereka tanpa mengira bangsa dan ugama.

IKLAN

“Sanggup berkorban nyawa, masa dan keluarga demi negara. Jadi tanggungjawab kita sendiri untuk jaga diri dan keluarga. Maut tak mengenal siapa.

“Sekarang pun kes makin banyak sebab salah kita sendiri kerana LALAI. Orang yang tak bersalah menjadi KORBAN!

“Congrats @tv3malaysia kerana paparkan kisah benar ini untuk kita sedar tentang bahayanya WABAK CORONA ini.
Allah Maha Baik,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selain turut berharap agar negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.

“Kalau Ia Terjadi Pada Ahli Kelurga Saya…,” – Tonton Paparan Khas Frontliner Rawat Pesakit Covid-19, Jasmin Hamid Harap Semua Sedar “Kalau Ia Terjadi Pada Ahli Kelurga Saya…,” – Tonton Paparan Khas Frontliner Rawat Pesakit Covid-19, Jasmin Hamid Harap Semua Sedar “Kalau Ia Terjadi Pada Ahli Kelurga Saya…,” – Tonton Paparan Khas Frontliner Rawat Pesakit Covid-19, Jasmin Hamid Harap Semua Sedar

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI