Pasangan pengantin baru, Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang sebelum ini meraikan bulan madu di Langkawi, ada memuat naik sepotong video yang merakamkan gelagat dua anak buah mereka, Rayyan dan Maya.

Ayda menerusi Instagram berkongsi video kaletah kanak-kanak berkenaan yang dia dan suami pulang ke rumah meski baru sahaja berjauhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Nabil : Macam mana nak buat 13, baru honeymoon sekejap Rayyan Maya dah suruh balik.

“Ayda : Nasib baik. Selamat. Fuh!

“Korang ada tak anak buah clingy and cute macam ni?,” tulis Ayda pada ruangan kapsyen yang turut disusuli dengan pelbagai komen daripada peminatnya.

Malah, kebanyakannya terhibur melihat telatah kedua-dua si cilik tersebut yang sangat comel.

Kenyataan Nabil sebelum ini yang berhasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata mendapat reaksi pelbagai netizen, meski ia hanyalah disampaikan secara seloroh sahaja.

Jelas Nabil, angkat tersebut sebenarnya merupakan angka kegemarannya sejak dulu.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Mereka turut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan dalam talian pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan sebelum ini.

Foto: Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI