Anggota kumpulan V.E, Fakhiz mendedahkan anak perempuannya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kerap membuang najis dan muntah-muntah.
Susulan itu hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam usus serta darah bayinya, Jauza Hanania yang baru berusia dua bulan.
“Sebelum ditahan wad, anak saya asyik berak-berak, dan muntah. Mula-mula dalam dua tiga hari begitu, ia tak serius. Sekejap okay dan sebalikya.
“Tapi pada Isnin lalu, anak alami muntah yang mana warnanya lebih kurang macam najis. Terus kami bawanya ke hospital.
“Dia alami dehidrasi dan doktor kata dia perlu dimasukkan air dan kemudian dua hari, diberikan antibiotik. Semalam, dia tidak beri respon sangat. Minum tak nak. Mata dia pun macam…mata orang yang reda,” katanya kepada MH.
Ads
Fakhiz yang kini bersaing di Gegar Vaganza 9 (GV9) menjelaskan menurut doktor, bahagian ususnya ada jangkitan kuman.
Terdahulu, Fakhiz memaklumkan keadaan anak bongsunya itu yang terpaksa menerima rawatan di Hospital Shah Alam disebabkan keracunan makanan, sejurus membuat persembahan.
Ads
Fakhiz berharap agar semua dapat mendoakan keadaan anaknya yang masih dalam keadaan lemah hingga terpaksa diberikan susu melalui hidung.
Sementara itu, Fakhiz turut berpesan kepada isterinya agar reda dengan apa yang sudah berlaku dan akan datang atas ujian yang menimpa.
“Saya ada berpesan dengan isteri, apa pun jadi baik atau tidak, kita kena reda. Perkara yang dah lepas dan apa yang akan datang, kena reda. Sekarang ini kita usaha.
Ads
Mungkin kita pun ada silap dan lalai…Allah nak ‘tegur’. Sebab kita sayang anak kita lebih daripada sayang Dia… itu cara saya fikir,” katanya lagi.
Memaparkan suasana nyaman di kampung isteri, Achey dilihat baru tiba dari Kuala Lumpur untuk menyambut cuti musim perayaan.
Menurutnya, keluarga mertua adalah satu-satunya keluarga Melayu di kampung itu. Sedang asyik berpusing menunjukkan keadaan sekeliling, tiba-tiba seekor anjing meluru ke arahnya.
“Terkejut aku.
“Kau ni buat hal lah anjing,” katanya sambil ketawa.
Sebentar tadi, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Pematah Hati, Nabila Razali ada memuat naik sepotong video di Instagram yang dikemas kini.
Menerusi video berkenaan, bintang itu ada berkongsi video kenangan bersama salah seorang peminat ciliknya, Syafiqah Nur ZahrA Mohd Faizal yang meninggal dunia kerana menghidap kanser mata selain mempunyuai ketumbuhan di bahagian otak.
Difahamkan, Allahyarham merupakan peminat kepada penyanyi dan pelakon berkenaan.
Pada masa sama, Nabila turut mengulang siar kembali posting terdahulu, menerusi video sama.
“Assalamualaikum semua, pada tanggal 13 November 2018 Bella telah dimaklumkan oleh Kak @fizasabjahan tentang seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bernama Syafiyah Nur Zahra Mohd Faizal atau lebih mesra disapa dengan panggilan Zahra.
“Zahra mempunyai beberapa wish list antaranya dia nak naik kapal terbang, pergi tadika, naik MRT, makan ice cream, naik Vellfire & jumpa dgn Bella. Alhamdulillah Mak dia kata most of the wish list dah termakbul.
“Bella juga dimaklumkan yg adik Zahra ni merupakan pesakit kanser mata dan mempunyai ketumbuhan dalam otak. Without a second thought Bella curi sikit masa utk jumpa dgn adik Zahra ni. Bella juga difahamkan yg adik Zahra tidak mempunyai masa yg lama.
“So guys if you have a chance to cheer up kids like this please please please do so okay ?? They need us. May my story inspire you to do good to others. InshaAllah. This is my best birthday gift ever. #SpreadTheLove #GiveBack,” kongsi Nabila.
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa bengang terhadap tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah dan kenyataan palsu berkaitan dirinya.