Penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya, Datin Zai Izzati telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada tarikh yang begitu cantik iaitu 11.11.2020.

Menurut laporan Astro Awani, bayi lelaki tersebut telah selamat dilahirkan sekitar jam 8.00 malam di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.

Jelas Jamal, atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, dia dan isteri berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk sekali lagi dikurniakan cahaya mata.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Dalam pada itu, Jamal turut mendedahkan dia dan isteri telah sepakat untuk menamakan anak mereka El Isaac Yamani.

Kongsi penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi, bayi yang dilahirkan sihat itu juga sudah mempunyai nama timangan iaitu Zack yang juga merupakan nama bagi karaktor ikonik Jamal dalam filem, Azura yang popular sekitar tahun 80-an.

IKLAN

Dalam pada itu, Jamal turut menambah, bayinya itu sepatutnya dijadualkan untuk lahir pada tanggal 17 November namun dia dan isteri sepakat melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (semalam) kerana tarikhnya sangat unik dan istimewa.

“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Jamal dan Zai Izzati telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 April 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung, Nur Azura Yamani yang juga dilahirkan pada tarikh yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal turut memiliki dua orang lagi cahaya mata iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI