Penerbit terkenal, Datuk A.Aida mempunyai pendirian tersendiri apabila bercakap mengenai dakwaan sesetengah pihak yang kononnya jumlah pengikut atau followers pelakon merupakan kriteria utama untuk sesebuah karya untuk diperkatakan.

Menurut A.Aida, seorang sahabatnya pernah mengambil pelakon yang dikatakan memiliki jumlah pengikut berjuta untuk membintangi filem terbitannya, bagaimanapun kutipan yang diterima menyedihkan.

“Saya tak pernah percaya jumlah ‘followers’ boleh buat sesebuah drama atau filem viral. Kawan saya pernah buat filem, dia ambil pelakon yang ada ‘followers’ berjuta. Tapi kutipan filem tak cecah RM100,000 pun.

“Lagi pula, kalau ada pelakon yang berjuta ‘followers’ tapi malas nak promosi produk sendiri tak guna juga,” katanya jujur.

A.Aida turut menambah, apa yang penting ialah seseorang pelakon itu perlu bagus dan boleh berlakon.

Oleh itu katanya, sebagai penerbit dia perlu mengambil tahu tentang pelakon dicadangkan stesen TV dan mengkaji dahulu tentang individu tersebut.

“Secara peribadi bagi saya, paling penting kena tahu pelakon itu bagus dan boleh berlakon. Kalau stesen TV cadangkan pelakon baharu, saya akan kaji dan ‘study’ dulu pelakon itu dan cara lakonan dia.

IKLAN

“Kalau rasa tak sampai, saya akan cadangkan nama lain. Sebagai penerbit kena ambil tahu semua ini. “Macam saya buat drama Andainya Takdir, TV3 cadangkan ambil pelakon kanak-kanak baharu sebab asyik asyik muka Puteri Balqis.

“Jadi saya buat uji bakat. Tapi tak boleh, saya tak nak sebab nanti merosakkan cerita itu. Jadi saya ambil juga Puteri Balqis sebab kita tahu kemampuan dia. Kadang kena ikut tuah dan rezeki juga,” katanya.

Ambil Pelakon ‘Followers’ Berjuta, Tapi Filem Tak Laku? – “A Aida Kongsi Pengalaman Rakan, Bercakap Soal Drama Jadi ViralAmbil Pelakon ‘Followers’ Berjuta, Tapi Filem Tak Laku? – “A Aida Kongsi Pengalaman Rakan, Bercakap Soal Drama Jadi Viral Ambil Pelakon ‘Followers’ Berjuta, Tapi Filem Tak Laku? – “A Aida Kongsi Pengalaman Rakan, Bercakap Soal Drama Jadi Viral

A Aida berkongsi perkara itu pada sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), menerusi topik How To Make A Drama Go Viral.

IKLAN

Dia yang juga pemilik syarikat A Aida Production Sdn Bhd berkata, eleman utama yang membolehkan sesebuah drama itu menjadi tular adalah jalan cerita, pemilihan pelakon, pengarah, skrip dan lagu tema yang bagus.

Sesi tersebut diadakan bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.

“Dalam soal pemilihan pelakon, saya akan tentukan. Stesen TV pun kena ikut. Sebab, macam saya kalau baca skrip itu kita sudah boleh tahu siapa pelakon yang boleh lakonkan karakter itu.

IKLAN

“Kalau tak dapat pelakon berkenaan, baharulah kita cari yang lain. Cara saya, untuk setiap watak itu kita senaraikan beberapa orang. Tak dapat pelakon A, cari pelakon B.

“Selain itu, jalan cerita dan skrip kena bagus. Kena ambil tahu juga apa kehendak slot. Macam Slot Akasia kita sudah tahu tema yang diketengahkan.

“Saya sudah faham sangat. Jadi, disebabkan itu untuk drama terbaharu saya, Kisah Cinta Kita saya buat ala drama Korea. Insya-Allah akan tular.

“Begitu juga macam drama Bidadari Salju sebelum ini. Apabila baca jalan cerita, saya terus bincang dengan Haqiem Rusli untuk buat lagu tema yang bagus.

“Maka terhasillah lagu Mimpi. Dengan lagu tema yang bagus juga akan membantu drama itu. Asal saja kita kena yakin. Ini cara saya,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI