Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit,31, tidak menafikan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin atau Poji,31, kerap bersamanya ke mana-mana program seni hiburan kebelakangan ini.

Keberadaan suami di samping Ayu sekali gus menyebabkan ada cakap-cakap mendakwa Poji cuba ‘menempel’ isteri demi glamor.

Ayu berkata, apa yang dilakukan hanyalah demi mencari rezeki dan tiada sebab untuk berbuat demikian.

Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.” Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.”

“Tak adalah sampai nak tagih populariti pun. Setakat ini, baru dua kali suami muncul di kaca televisyen. Pertama menerusi satu ‘game show’ dan terbaru untuk sebuah program masakan.

“Mana ada hadap glamor pun? Kalau nak, sudah lama buat tapi kami percaya kepada rezeki. Jika kena pada masa dan kesesusaian, saya tak nampak sebab untuk tolak peluang,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Ayu akui suaminya seorang pemalu dan mereka akan berbincang terlebih dulu sebelum bersetuju shooting bersama.

“Dulu suami jarang ke depan sebab biarlah dia fokus dengan tanaman cili dan fertigasi yang diusahakan.

“Sebelum ini, suami memang pemalu berada di hadapan lensa kamera. Tapi mungkin kerana kerap menemani saya jika berkelapangan sebelum ini menyebabkan pendedahan itu diterimanya sedikit demi sedikit.

“Kami pun memang sama-sama cari rezeki, dari awal kahwin sampailah sekarang. Jadi apalah salah jika sesekali dia pun terlibat dalam skop kerja saya pula. Cuma, biarlah berpada-pada.

IKLAN

“Kami muncul berdua di kaca TV pun menerusi program berkonsepkan famili. Saya akan bertanya suami dahulu, mahu ‘masuk TV’ atau tidak. Perlu berbincang terlebih dulu dan minta izinya,” kata Ayu.

Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.” Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.” Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.”

Terdahulu, Ayu ditemui pada majlis Hi-Tea dan Pelancaran Produk Baharu Figura International di Flamingo by The Lake, Kuala Lumpur pada Ahad.

IKLAN

Pada majlis itu, syarikat tersebut melancarkan dua produk kesihatan iaitu Figura dan Figura Coffe Latte.

“Untuk pelancaran ini, semua sudah maklum dengan keberkesanan produknya. Saya mengenali rapat Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid dan sudah mencubanya sebelum ia dilancarkan lagi.

“Jadi saya hadir untuk beri sokongan. Tumpang gembira tengok rakan-rakan berjaya, insyaAllah,” katanya lagi.

Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.” Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.” Suami Dituduh ‘Hadap’ Menempel Demi Glamor? Ayu Damit Bidas Dakwaan – “Mana Ada…Kalau Nak Dah Lama Buat.”

https://youtu.be/807ouwjy1Lg

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI