Penyanyi, Sufie Rashid memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan bapanya yang bakal menjalani pembedahan kanser lidah hari ini.

Menurut Sufie, prosedur tersebut bakal mangambil sama selama 14 jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sufierashid

“Assalamualaikum semua. Esok pagi abah saya akan membuat operation buang cancer lidah yang akan mengambil masa sekurang kurangnya 14 jam,” tulisnya.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu Aku Sanggup ini menerusi entri terkini di Instagram.

Katanya lagi, dia juga bimbang sekiranya pembedahan tersebut bakal memberi kesan terhadap keadaan jantung bapanya yang kini dikatakan berada dalam keadaan tidak kuat.

Bagaimanapun, penyanyi asal Singapura ini tetap yakin pembedahan bapanya itu bakal berjalan dengan lancar.

Ads

“Dengan keadaan jantung abah saya yang tak kuat, doctor mengesahkan sebagai ‘moderate to high risk’

“Saya minta jasa baik semua untuk doakan abah saya semoga urusan abah saya dipermudahkan,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar bapa Sufie dapat segera pulih selepas ini.

“Semoga bapa tercinta Sufie cepat sembuh dan dipermudahkan InsyaAllah. Doa anak lelaki sangat kuat.

Ads

“Syafakallah. Semoga dipermudahkan segala urusan ayahanda kamu brother.

“InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

“Kita doa yang baik-baik. InsyaAllah akan termakbul.

Ads

“Ayah Sufie akan sentiasa berada dalam doa kami,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Apapun, kami di MH juga turut menitipkan doa semoga segala urusan pembedahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Stay strong ya Sufie.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sufie Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI