Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini berkesempatan bertemu dengan vokalis kumpulan OAG, Radhi di Sarawak.
Kongsi Ebit, vokalis itu sangat teruja apabila berjumpa dengannya dan mereka berborak panjang mengenai soal agama.
“Sebak semalam jumpa Radhi OAG. Dia tegur saya masa di airport. Saya pun tengah pandang dia. Katanya ya Allah ustaz Ebit Lew. Allah temukan kita. Sukakan Allah. Redha Allah.
“Beliau sangat tawaduk dan terus datang makan dekat dengan saya. Allahu.
“Lama kami makan sama semalam dan berkongsi. Sepanjang makan cerita kebesaran Allah. Dia sampai flight dah call masih ada soalan-soalan lagi. Rindu katanya nak berbual begini. Sampaikan dakwah. Cerita kisah sahabat rhum.
Ads
“Benarlah hidup untuk sukakan Allah. Untuk dapat Redha Allah. Beliau ajak amek gambar dan saling bertukar no phone,” kongsi Ebit.
Dalam pada itu, Ebit turut memuji sikap orang Sarawak yang mulia akhlaknya, begitu juga Radhi atau nama lengkapnya Mohd. Radhi Razali yang berasal dari negeri itu.
Ads
“Best jumpa orang Kuching, Sarawak. Lembut dan baik-baik semuanya. Tinggi dan mulia akhlak orang Sarawak Ya Allah sebak menangis jer seronok dapat berkongsi.
“Jumpa lagi yer orang Sarawak yang baik. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,”tulisnya.
Usahawan dan hos terkenal, Neelofa sekali menjadi perhatian apabila pengasas Naelofar itu menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco, pada Ahad.
Merakamkan rasa terharu, Neelofa menjelaskan dirinya berasa sangat teruja apabila diiktiraf menerusi anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dipilih juri berpengapaman.
Malah, setiap barisan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.
“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya.
Menurutnya lagi, bisnes hijab yang diusahakannya sejak 2014 serta prioritinya terhadap modest fashion telah membuka peluang untuk buatnya mengembara seterusnya memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.
“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.
“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan modest fashion kepada orang luar,” terang Lofa optimis.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Foto: Naelofar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski masih ada yang mempersoalkan isu gurauan ‘used car’ selepas tamatnya malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) dari salah seorang hosnya, Elly Mazlein mendedahkan dia tidak ambil pusing kata-kata yang dilemparkan.
Malah, akuinya selepas tamat majlis yang dikendalikan, dia ada menghubungi bakal suami memohon maaf atas apa yang berlaku.
Kongsi Elly atau sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini, dia rasa sangat bersyukur memandangkan lelaki yang digelar ‘Papa Awan Nano’ itu memahami serta menerima hal tersebut secara rasional.
“Bila selesai sahaja program berkenaan, saya ada hubungi bakal suami tanya sama ada okey atau sebaliknya? Saya minta maaf.
“Lalu katanya, tak apa Mama, Papa paham,” kongsi Elly secara berseloroh.
Mengakui ada ketikanya sukar menjangka situasi spontan yang bakal berlaku, penyanyi berusia 38 tahun ini tetap positif meski ada pihak yang menyarankan agar dia mengambil tindakan atas hal yang berlaku.
“Benda-benda macam ni kita susah nak jangka, kadang-kadang kita tidak tahu benda ni nak jadi.
“Saya cuba untuk meredakan keadaan supaya semua orang tenang tapi ada juga yang tidak setuju.
“Orang cakap saya ni macam tak sensitif pasal benda ni. Bukan saya begitu, cuma saya tak nak burukkan keadaan.
Bintang ini ditemui sejurus sidang media program realiti nyanyian Mentor Milenia yang berlangsung di Hilton Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.
Jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Bakawali ini lagi, rakan pengacara Datuk AC juga secara profesional ada membuat permohonan maaf secara peribadi selepas kejadian.
“Sejujurnya, selepas kejadian tersebut, dia ada memohon maaf secara peribadi dan saya faham niatnya.
“Mungkin Datuk AC nak bergurau tapi mungkin terlepas cakap dan salah pengunaan ayat. Saya faham dan saya kena menghormati perasaan semua orang.
“Apapun, saya berterima kasih sangat sebab bila ramai yang prihatin, saya rasa seperti disayangi.
“Kita ni tak lepas daripada buat kesilapan kadang-kadang niat kita ni nak bergurau tapi keadaan jadi sebaliknya. Saya ada lah sikit terasa sebab kita pun tak lama lagi nak berkahwin, kita ada bakal suami.
“Akan tetapi kita faham tak ada orang sempurna jadi lebih baik kita maafkan dari memanjangkan benda tu,” katanya lagi.
Malah, sebagai rakan selebriti dia juga tidak pernah serik untuk bekerjasama lagi dengan hos senior itu menerusi mana-mana program akan datang.
“Saya tidak serik untuk berkerjasama lagi dengan Datuk AC. Kalau kita sikit-sikit nak sentap baik duduk rumah jer.
“Jadi pada Kak Lina kalau nak sensitif sikit-sikit itu okey tapi lepas tu kita dah kena move on dan profesional,” jelasnya jujur kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Elly bakal bergandingan bersama pelawak, Shuk Sahar untuk mengacarakan Mentor Milenia yang bakal ditayangkan di siaran TV3 pada 6 Oktober depan.
Antara mentor yang terlibat ialah Ernie Zakri, Stacy, Black, Hazama dan Akim Ahmad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.