Pelakon era tahun 80-an, Noorkumalasari telah berkongsi pengalaman hidup yang dilalui dirinya sepanjang bergelar sebagai seorang anak seni.

Menerusi rakaman video yang dikongsi laman media sosial YouTube, Noor akui tidak mudah untuk dirinya kembali ke dunia lakonan.

“Suruh Kak Noor berlakon balik? Allah tu tak bukalah pintu hati Kak Noor untuk berlakon dah mungkin itu satu permintaan Kak Noor.

“Dulu Kak Noor ada juga terfikir untuk berlakon tapi bila fikir balik nanti nak kena ‘make-up’ balik, kita nak sembahyang di awal waktu, nak solat lepas tu macam mana kan? Tak akan nak bagi krew tunggu kita kan? Tunggu tu seumpama kita membazir duit dia pula.

IKLAN

“Lepas tu kita pula sembahyang tiap-tiap waktu ke masjid tak akan nak keluar cari masjid tu pun dah makan masa jadi bila fikirkan macam tu baik tak payahlah.

“Duit dan rezeki itu datang dari Allah, kita kena yakin benda tu yang rezeki tu datang dari Allah,” katanya.

IKLAN

Tambahan lagi, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hati Seorang Kekasih itu berkata dia berubah kearah kebaikan kerana mahu menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah Yang Maha Esa.

“Fikirkan mati ni, cara kita mati tu macam mana walaupun kita sembahyang lima waktu belum tentu saat yang Allah nak cabut nyawa kita tu macam mana keimanan kita, itu saya paling takut,” katanya menerusi rakaman video tersebut.

IKLAN

Untuk rekod, Noor pernah memenangi Anugerah Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2017.

Video : YouTube Zeel Production

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI