Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari memaklumkan suaminya kini sedang ditahan di hospital akibat kekurangan air dan penat yang melampau.

Jelas Shafeeqa, ini pertama kali dia melihat suaminya itu terlantar di hospital kerana sebelum ini dia merupakan seorang yang kuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)

“Kecundang jua hero kami. Bukan covid ya. Rehydrate, kepenatan, keletihan. Selalunya kami yang sakit, dia yang gagah. Tak pernah aku lihat dia di atas katil hospital.

“Time nak cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wudukkah kalau cucuk masuk air ni. Boleh B. Pedih pon sikit je lah. Kita tayamum. Doakan hero kami sehat cepat,” tulisnya.

“Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya “Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya

IKLAN

Khabar tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Dalam posting berasingan, Shafeeqa turut menyifatkan sakit ini merupakan petanda daripada Allah SWT agar suaminya itu dapat berehat secukupnya dan tidak memikirkan mengenai soal kerja buat sementara waktu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)

IKLAN

“Salam subuh. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Takpe b, jangan risau. Ada lagi rezeki lain. Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki.

“Sayu tengok muka suami. Syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius. Kalau sakit jangan biarkan lama-lama. Teruslah pergi hospital.

“Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak nak kita ni risau. Atu ni rajin tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu. Tak boleh nak buat apa-apa terus,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya “Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa semoga Atu lekas sembuh dan dapat kembali bekerja semula seperti biasa.

“Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya “Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya “Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga merupakan pereka fesyen pada tanggal 8 Februari 2016 dan kini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Shafeeqa Johari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI