Penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa syukur apabila single terbarunya, Mimpi kini sudah merekodkan lebih 12 juta tontonan dalam tempoh 2 bulan ia dimuat naik di YouTube.

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli memberitahu, penerimaan baik tersebut merupakan satu pencapaian baru bagi dirinya.

Dua Bulan ‘Upload’ Dah 12 Juta Views! – “Lirik Pun Main Tembak Je Pada Awalnya,” – Haqiem Rusli Dedah Cerita Sebenar

Dua Bulan ‘Upload’ Dah 12 Juta Views! – “Lirik Pun Main Tembak Je Pada Awalnya,” – Haqiem Rusli Dedah Cerita Sebenar“MIMPI sudah raih 12 juta di youtube selama 2 bulan dan mendahului antara carta corong2 radio di malaysia dan platform2 music di malaysia.

“Sebuah pencapaian baru saya dan team, terima kasih!,” tulis bintang muda ini.

Dua Bulan ‘Upload’ Dah 12 Juta Views! – “Lirik Pun Main Tembak Je Pada Awalnya,” – Haqiem Rusli Dedah Cerita Sebenar

 

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

Menariknya juga, penyanyi berusia 22 tahun ini turut mendedahkan kisah sebalik penghasilan lagu tersebut bersama peminat secara ringkas.

“Jadi saya nak belanja rangka lagu MIMPI pada awalnya terdetik di dalam fikiran saya, kira demo awal lah senang cerita, lirik pun main tembak2 je pada awalnya.

“Terima kasih sekali lagi!,” tulis Haiqiem menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Mendapat respon baik di kalangan pencinta muzik, Mimpi turut dijadikan runut bunyi drama bersiri, Bidadari Salju yang pernah bersiaran di slot Akasia, TV3 lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina.

IKLAN

Dua Bulan ‘Upload’ Dah 12 Juta Views! – “Lirik Pun Main Tembak Je Pada Awalnya,” – Haqiem Rusli Dedah Cerita Sebenar Dua Bulan ‘Upload’ Dah 12 Juta Views! – “Lirik Pun Main Tembak Je Pada Awalnya,” – Haqiem Rusli Dedah Cerita Sebenar

Dalam perkembangan lain, Haqiem bakal terlibat di Konsert Digital Jelajah Suria yang dibawa khas oleh Suria FM pada 24 Mac.

Turut sama menghiburkan penonton secara maya termasuk Datuk Awie, Floor 88, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan ramai lagi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Foto: Instagram Haqiem Rusli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI