Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, yang bakal mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.
Berita gembira tersebut diumumkan menerusi satu hantaran terkini mereka menerusi Instagram.
“I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.
“Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.
“Allah SWT sebaik-baik perancang,” tulis Syed Saddiq pada ruang kapsyen.
Ads
Reaksi Peminat & Rakan Artis
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa yang baik serta meluahkan rasa gembira terhadap pengumuman tersebut.
Malah, ada di antara rakan artis yang turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan, antaranya:
“Alhamdulillah,” kongsi Siti Nurhaliza ringkas.
“I wanna cry,” respon Nora Danish.
Ads
“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke syurga, Bella sayang. Happy for you,” tulis Mira Filzah.
“May Allah SWT blessed and ease everything for you both today, tomorrow dan the days to come… amin,” respon Fazura pula.
Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq secara eksklusif di Astro menerusi platform digital Astro mulai jam 2 petang.
Anda juga boleh menonton secara langsung majlis pertunangan ini di Astro Ria dan Astro AWANI bermula jam 3.30 petang ini.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi Heyda Hafeey tidak terkilan apabila orang ramai lebih mengenali nama kumpulan Senario berbanding dirinya, menerusi lagu malar segar, Zapin Usik Mengusik.
Menurut Heyda yang dahulunya dikenali sebagai Haida Hafiz, walaupun namanya kurang dikenali, dia masih aktif menyanyi dan sering menerima jemputan persembahan walaupun jarang muncul di kaca televisyen.
“Saya tidak terkilan tapi lebih kepada berlapang dada. Orang nampak saya seperti senyap sahaja tapi rezeki untuk menyanyi itu sentiasa ada.
“Saya cuma tidak aktif di kaca televisyen. Saya sentiasa percaya kepada rezeki,” katanya kepada MH.
Heyda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Zapin Usik Mengusik 2.0 yang berlangsung di Hilton Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Zapin Usik Mengusik 2.0 diberikan nafas lebih segar dan Heyda memilih penyanyi Lan Solo sebagai rakan duet terbaharu.
Ditanya sebab dia memilih untuk melancarkan semula lagu Zapin Usik Mengusik 2.0, Heyda menyifatkan karya tersebut mempunyai banyak kenangan selain merasakan ini waktu terbaik untuk kemunculan semulanya dalam industri nyanyian.
“Lagu Zapin Usik Mengusik ini membawa banyak kenangan. Lagu ini juga yang memperkenalkan nama saya di dalam industri muzik Malaysia.
“Sebelum saya keluar dengan album-album yang lain, saya muncul menerusi lagu ini bersama kumpulan Senario. Waktu itu usia saya 17 tahun.
“Selepas 28 tahun, saya merasakan comeback yang terbaik adalah dengan mengembalikan nostalgia itu. Kebanyakkan orang tak kenal siapa penyanyi perempuan asalnya. Mereka tahu Senario sahaja.
“Jadi, saya nak sangat lagu ini diberikan nafas baharu dan berduet dengan Lan Solo,” katanya.
Mengulas mengenai gandingannya bersama Lan, Heyda menyifatkan kolaborasi tersebut sebagai satu eksperimentasi untuk menyuntik elemen rock dalam lagu berentak zapin.
“Bila kita berikan susunan yang lebih segar, kita juga nak cuba mood yang baharu. Saya mengenali Lan ketika menyertai Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).
“Walaupun Lan seorang penyanyi rock, kita nak juga dengar dia menyanyikan lagu zapin. Saya pun tak sangka Lan boleh bawakan lagu ini dengan sangat baik.
“Kita turut selitkan sedikit elemen rock di dalam lagu ini. Kita akan nampak kelainannya di situ,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Heyda turut menjelaskan sebab dia memilih untuk menukar nama pentasnya daripada Haida Hafiz kepada Heyda Hafeey.
“Alang-alang nak buat comeback, saya nak cuba membawa sesuatu yang baharu. Perubahannya tidaklah terlalu berbeza sangat. Kita cuma ubah pada ejaan sahaja.
“Lagipun, dalam industri kita, ada ramai penyanyi yang bernama Haida. Jadi saya nak lari sikit daripada nama asal.
“Mungkin ada sesetengah orang akan keliru tapi ini usaha saya untuk perkenalkan satu jenama baharu.
“Sebelum ini, kehadiran saya di dalam industri pun seperti sekejap ada, sekejap tiada. Jadi, rasanya penukaran nama itu bukan satu masalah,” akhirinya.
Lagu Zapin Usik Mengusik 2.0 kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.
Berlangsung di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Dataran Merdeka sekali lagi menjadi lokasi tumpuan apabila barisan artis papan atas berhimpun untuk sama-sama meraikan Aidilfitri serta menghiburkan peminat pada malam yang penuh bermakna.
Program anjuran bersama Astro dan syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air, U Mobile ini digamatkan lagi dengan celoteh trio pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Gelagat mereka yang saling usik-mengusik menjadi antara highlight utama program ini.
Keserasian ketiga-tiga pengacara jelas terserlah apabila mereka berjaya mencetuskan suasana santai dan penuh gelak tawa, sekali gus menambahkan lagi ‘warna’ dalam keseluruhan program.
Malah penampilan Jihan yang kembali mengacara turut mengubat rindu peminat selepas sekian lama berehat bagi memberi tumpuan kepada keluarga.
Kehadirannya bukan sahaja mengembalikan aura tersendiri dalam program ini, malah membuktikan karismanya sebagai antara pengacara wanita yang masih relevan dan disukai ramai.
Pada masa sama, Bombastika Raya 2026 turut menjadi platform buat para artis memperkenalkan lagu raya terbaharu mereka kepada peminat.
Antara yang mencuri perhatian termasuk Nabila Razali yang menyampaikan lagu Tak Sabar Nak Raya, Marsha Milan menerusi Dendang Raya, Alpha dengan dua buah lagu iaitu Raya Macam Raya dan Rindu Raya, serta Haqiem Rusli yang tampil dengan Terpaling Raya.
Kepelbagaian genre dan gaya persembahan yang dibawakan bukan sahaja memeriahkan suasana, malah memberi peluang kepada penonton untuk menikmati variasi lagu raya moden yang segar.
Menurut Marsha Milan, dia teruja apabila berpeluang mempersembahkan lagu raya terbaharunya itu di khalayak ramai buat pertama kali.
“Ini kali pertama saya terlibat untuk program Bombastika Raya. Dendang Raya merupakan lagu raya solo pertama saya.
”Saya memang ternanti-nanti momen ini dan sudah tentu rasa seronok tambahan pula ini persembahan pertama saya bawakan lagu ini secara langsung. Jadinya, rasa teruja dan dalam masa sama agak gementar,” katanya kepada MH.
Program ini turut diserikan dengan kemunculan artis legenda yang sekali gus menambahkan lagi aura klasik dalam suasana moden.
Antaranya ialah penyanyi, Datuk Ramli Sarip yang membawakan lagu malar segar Bukan Kerna Nama, sekaligus mengubat rindu peminat terhadap karya-karya ikonik beliau.
Selain itu, Datuk Jamal Abdillah turut mencuri perhatian apabila bergandingan bersama anaknya, Usama Yamani menerusi lagu Salam Aidilfitri.
Momen duet dua generasi ini bukan sahaja menyentuh hati, malah memberikan sentuhan istimewa yang cukup dekatdengan semangat kekeluargaan di hari raya.
Antara lagu raya yang mencuri tumpuan tahun ini sudah tentunya Duit Raya, hasil gandingan penyanyi Sharul Kamal bersama pelakon Mierul Aiman.
Lagu ini tampil dengan ‘vibe’ yang ringan dan ‘catchy’, namun dalam masa sama membawa mesej yang dekat dengan realiti, mengingatkan kita untuk terus meraikan Aidilfitri walau dalam apa jua keadaan.
Sementara itu, di sebalik lambakan lagu raya yang rancak dan meriah, penyanyi Dayang Nurfaizah hadir dengan sentuhan berbeza menerusi Senyum Gugur Di Hujung Doa.
Lagu yang lebih melodramatik dan sarat emosi ini memberikan keseimbangan kepada keseluruhan suasana dengan elemen yang lebih syahdu dan menyentuh hati.
Menariknya, kedua-dua muzik video lagu ini turut mendapat sokongan daripada U Mobile sebagai penaja utama.
Inisiatif ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen U Mobile dalam menyokong perkembangan industri seni tanah air, khususnya dalam memberi ruang dan platform kepada karya-karya tempatan untuk terus berkembang serta mendapat perhatian lebih meluas.
Pada program Bombastika Raya 2026, U Mobile berbesar hati menyampaikan hadiah bernilai RM10,000!
Peminat yang hadir bersama keluarga mereka, berpakaian baju oren, muncul sebagai pemenang hadiah utama apabila membawa pulang pelan U Family 128 selama setahun beserta 2 telefon pintar Redmi Note 15 Pro dan Redmi Note 15.
Selain itu, dua lagi peminat turut memenangi pelan U Family 128 selama 12 bulan!
Kini giliran anda pula untuk dapat 2 telefon pintar 5G percuma dengan pelan U Family 128! Jimat sehingga RM3,000 dengan fon Redmi, OPPO dan banyak lagi. Berkongsi 1,000GB data untuk 4 talian serta roaming percuma di lebih 60 destinasi.
Momen tersebut jelas menjadi penutup yang cukup manis, selari dengan semangat berkongsi rezeki dan kegembiraan sempena Hari Raya.
Bombastika Raya 2026 bakal bersiaran pada 20 Mac ini jam 10 malam di saluran Astro Ria atau strim di Astro One dan sooka.
Layari laman rasmi U Mobile untuk info lanjut. Raya lebih bermakna dengan U Family.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk berhijab selepas terkesan dengan nasihat daripada sahabat baiknya, Ustaz Izhar Ariff sebaik dia tersedar daripada ditidurkan akibat komplikasi pembedahan lutut.
Menurut A. Aida, ketika dia masih berada dalam keadaan itu, doktor sudah memaklumkan kepada ahli keluarganya bahawa harapan untuk kembali sembuh agak tipis.
“Ketika saya di ICU, doktor sudah maklumkan kepada anak saya supaya panggil keluarga terdekat dan minta kami buat sembahyang hajat dan bacaan yassin. Kata doktor, saya tiada peluang lagi.
“Kalau hidup pun, kemungkinan saya akan jadi seperti ‘sayur’. Saya tak akan ingat apa-apa. Bila saya celik mata, saya nampak Ustaz Izhar Ariff. Ayat pertamanya, dia minta saya pakai tudung.
“Hati saya terus tersedar dan saya putuskan untuk bertudung. Selama sebulan proses pemulihan, kata-kata ustaz itu bermain di fikiran,” katanya kepada MH.
A. Aida berkata demikian ketika ditemui di program rakaman Melodi Raya 2026 yang berlangsung di Restoran Saloma pada Selasa.
Tambahnya lagi, pertanyaan ringkas daripada anak keduanya, Azeva, kira-kira seminggu sebelum Ramadan lalu membuatkan dirinya tersentak dan mula berfikir dengan lebih mendalam tentang soal menutup aurat.
“Yang membuatkan hati saya lebih kuat untuk berhijab adalah disebabkan permintaan anak kedua saya. Seminggu sebelum Ramadan, dia bertanya, mama tak nak pakai tudung ke? Saya jadi agak terkejut.
“Kata-kata dia buat saya seminggu tak tidur malam. Malah, dengan umur saya sekarang, rasanya memang patut saya berhijab. Ia bukan keputusan mudah.
“Bermula Ramadan, saya cari semula tudung-tudung lama dan pakai sehingga sekarang. Anak-anak turut syukur dan tumpang gembira dengan keputusan saya ini,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, A. Aida turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti mendoakan kesembuhannya sewaktu dia masih ditidurkan.
“Alhamdulillah, antara asbab saya dapat sembuh juga adalah kerana doa orang ramai. Saya masih lagi diberikan peluang kedua untuk meneruskan hidup. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang mendoakan saya.
“Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa kalian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, A. Aida mengakui penyesalan terbesar adalah apabila dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan lutut, sedangkan pada ketika itu tahap kesakitannya tidak terlalu serius.
“Perkara yang paling saya kesalkan dalam hidup ini adalah bila saya putuskan untuk buat pembedahan lutut. Pesanan saya untuk orang di luar sana, jangan buat pembedahan lutut kalau betul-betul tak sakit.
“Jangan sesekali usik bahagian lutut itu. Lutut kita ini ibarat tayar. Kalau ada masalah, agak sukar kita nak berjalan.
“Sebelum ini saya sangat aktif dan tak pernah makan apa-apa ubat. Kini saya kena makan ubat cair darah, kolesterol dan darah tinggi. Kini saya perlu hidup dengan ubat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, A. Aida dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas rebah ketika menjalani rawatan fisioterapi susulan pembedahan lutut yang dijalaninya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi komitmen kewangan yang perlu dibiaya setiap bulan demi memastikan kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia, menerima pendidikan serta keperluan terbaik.