Adzrin Ameruddin menyifatkan kejayaannya yang mara ke final program realiti, Big Stage 2019 sebagai rezeki yang sudah diidamkan sejak sekian lama.

Jelasnya kepada MH, meski tidak pernah menjangka mara ke malam kemuncak minggu hadapan, namun kepercayaan dari juri dan peminat pastinya tidak akan dipersia-siakan.

“Saya memang tanam impian untuk berjaya mara ke final. Alhamdulillah, meski saya tidak jangka akan mara memandangkan para peserta lainnya ‘power’ belaka.

“Akan tetapi bila sudah diumumkan sebagai antara peserta yang berjaya mara ke akhir, sangat tak jangka. Allah bagi rezeki besar buat saya,” katanya jujur.

IKLAN

Kongsi bintang muda berusia 19 tahun ini lagi, setiap komen yang diberikan dari pihak juri cuba dimanfaatkan demi mempersembahkan persembahan yang lebih baik dari minggu ke minggu.

“Memang harapan besar untuk ke final. Misalnya sejak pada minggu pertama hingga ke tujuh, saya terima macam-macam komen dari juri.

“Ada yang positif dan sebaliknya. Jadi saya terima dan cuba perbaiki setiap kelemahan yang ada. Apa pun, Big Stage memang jadi satu platform yang besar buat saya.

IKLAN

“Harapan untuk masuk final sudah pun tercapai, memang atau kalah di peringkat akhir saya tidak kisah. Yang pasti saya akan cuba buat yang terbaik,” katanya yang kini muncul menerusi single baru, Picisan.

Pada saingan separuh akhir semalam, Adzrin berada di kedudukan keempat dengan mengumpul markah sebanyak 69.33 peratus, bakal bersaing dengan empat peserta lain yang turut mara ke final iaitu Han Byul, Neeta, Dinda Permata dan Irfan Haris.

IKLAN

Dua peserta yang diumumkan tersingkir ialah Fieya Julia dan Kucaimars.

Malam akhir Big Stage bakal bersiaran secara langsung pada Ahad depan, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Foto: Instagram Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI