Masih lagi belum habis nampaknya gosip panas yang sedang melanda industri seni tanah air yang melibatkan pelakon dan penyanyi daripada Singapura, Aliff Aziz dan pelakon wanita, Afifah Nasir.
Pada Isnin lalu telah berlangsungnya sidang media oleh Afifah bagi memberi penjelasan terhadap apa yang telah dikeluarkan pihak Aliff Aziz berhubung kontroversi melibatkan mereka berdua.
Nampaknya selepas sidang media diadakan, gosip ini menjadi semakin hangat apabila semalam isteri kepada Aliff Aziz telah memuatnaik Insta Story di Instagramnya berkata, Aliff tidak bertepuk sebelah tangan malah dia juga mengatakan pihak produksi tidak terlibat dalam masalah ini.
“Sebenarnya benda ni simple dan kita tak perlu nak panjangkan lagi sebab Aliff pun dah mengaku silap, dia pun dah terima bermacam-macam tohmahan dan dia pun dah meminta maaf secara terbuka kepada semua orang.
“Saya dah maafkan dia, Allhamdulillah kita sekarang sedang cuba untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri dan harap semua doakan.
“Jadi saya fikir kenapa kita tak permudahkan sahaja, kenapa perlu cakap kerana membenarkan?
“Kalau semua orang fikir logik akal dan fikiran, kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak, kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya.
“Kalau betul ada orang tanya Bella nak pegang tangan awak boleh?, kita boleh say no kita boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita,” ujar Bella di dalam Insta Story tersebut sambil menegaskan bahawa sebagai wanita kita mempunyai pendirian.
Bella juga berkata lagi, jika betul apa yang didakwa oleh Afifah bahawa dia disuruh oleh pihak produksi, Afifah sepatutnya menghubungi dirinya dan memberitahu keadaan sebenar.
“Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang mintak tolong, dia boleh straight call saya,” jelasnya.
Isteri kepada pelakon ini juga mengatakan kenapa perlu diteruskan melakukan perkara yang tidak baik.
Sempat juga Bella membalas kata-katanya kepada teman lelaki Afifah, Wan Ariff tentang postingnya yang mengatakan Aliff seorang yang childish.
“Macam ni lah Wan Ariff, ini bukan drama pertama suami saya berlakon dan dah banyak drama dia berlakon.
“Ini 13 episod sebelum ni dia pernah buat 30 episod straight 70 hari dia shooting, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami suami isteri tak pernah ada masalah.
“Tapi masalah yang melibatkan perempuan tidak pernah, cuma kami diduga dalam cerita ini kenapa tiba-tiba berlakunya perkara ini dan cakap Aliff bertepuk sebelah tangan, are you sure?,” soal Bella kepada Ariff.
Semakin panjang kes kontroversi ini dan apakah kesudahannya, sam-samalah kita berdoa dan mengharapkan ianya dapat diselesaikan dengan baik.
Di bawah adalah video penuh di Insta Story Bella.
Sumber: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI