MH pasti ramai yang masih ingat kontroversi pembantu rumah kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berasal dari Indonesia ditangkap mencuri tahun lalu.

Tahun ini nampaknya Aliff dan isterinya sekali lagi terpaksa melalui pengalaman yang sama apabila seorang pembantu rumahnya didapati telah mencuri sejumlah duit yang dikatakan berjumlah lebih puluhan ribu ringgit bersama beberapa barangan perabot miliknya.

Berita ini menjadi kecoh sejak petang semalam apabila tersebarnya video Aliff dan isterinya pergi ke rumah pembantunya itu yang dikenali dengan nama Rohana untuk berjumpa dan membawanya ke balai polis.

IKLAN

Menerusi akaun Instagram milik Aliff juga dia ada berkongsi cerita dan situasi sebenar yang terjadi.

IKLAN

“siapa pernah kena kejadian pembantu mencuri?? Banyak tanya apa sebenarnya berlaku…tapi saya senyapkan..

Sebulan lepas wanita bernama Rohana berumur hujung 50an ni dtg ke pejabat saya memohon kerja sebagai pembantu rumah.

 

Mula nya saya terkejut betul ke ada org Malaysia nak jadi Pembantu rumah.Tapi dia kata dia nak kerja betul2 sbb nak cari duit lebih tak kesah buat kerja apa pun?

Lepas 2 hari bekerja dia jumpa isteri saya di rumah sambil menangis nak minta pinjam duit 5k utk settlekan sewa rumah katanya dia nak kena halau sbb x bayar sewa sebab dah lama x kerja…dan beliau cakap rumah terez kecik tak sangka rumah sehebat ini..dan isteri saya dan saya tunaikan hajat meminjam duit rm5k walaupun hati berat nak kasi.

Sebab nampak dia baik dan x sampai hati nak suruh kerja rumah dgn umur dia saya offer dia jaga hp utk pembelian perabot dan saya bg komisen pada dia lagi dalam masa 2 minggu saya dah bg komisen pada lebih dr rm500 pada dia..dah lah rumah sy ada lebih dr 7org pekerja dan byk berehat sy kasi lagi komersen.

Dalam pada dia pgg hp tu bila customer @palacealiffsyukri nak bayar dia suruh semua pembeli bayar pada acc dia….lepas tu bila saya dah dapat pekerja yg handle utk perabot dia tiba2 hilangkan diri..cari di rumah dia bg alamat tipu….whatsapp ajak bincang x balas…sedangkan saya kena maki hamun dgn pelanggan dah bayar barang x dapat…

Akhirnya dapat juga saya cari dia….Allah nak tunjuk…bagaimana saya tahu biarlah rahsia…..saya dah buat report seminggu yg lepas..segala bukti dan saya serahkan pada polis saya terpaksa bertindak sbb saya takut dia berpindah memandangkan dia nak byk kali pindha rumah rupanya..

Tapi saya masih keliru mcm mana dia boleh curi perabot @palacealiffsyukri saya bawa ke rumah dia…..mungkin waktu org perabot hantar barang dia tumpang sekaki lol…Alhamdulillah Allah bantu..,” tulisnya panjang lebar menceritakan perkara sebenar yang terjadi.

Aduh terkejut betul MH selepas membaca perkongsian Aliff ini. Tak sangka budi baik Aliff serta isterinya untuk membantu dibalas dengan tidak berhati perut.

IKLAN

MH harap segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat semua orang di luar sana.

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI