Ruhainies, Risteena Asfan Shah, Syura Badron, Qistina Raisya, Zarina Zainuddin, Mark Adam antara selebriti terkenal yang bakal menyerikan Havoc Trio Festival 2025, penganjuran mega oleh Havoc Event & Management Sdn. Bhd.
Turut sama dijangka turun padang ialah Azza Elite, Daud Latah, Chef Ammar, Saharul Ridzwan, Vokey dan ramai lagi, menerusi acara yang akan berlangsung selama empat hari, dari 4 hingga 7 Disember 2025, bertempat di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, bermula dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari itu.
Havoc Trio Festival 2025 ialah sebuah festival tahunan yang menghimpunkan tiga segmen utama iaitu Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.
Menampilkan lebih 300 vendor pelbagai kategori termasuk makanan viral, gaya hidup, produk pendidikan dan kelengkapan persekolahan, Havoc Trio Festival 2025 dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.
Menggabungkan semangat “Shopping, Eat & Enjoy”, Havoc Trio Festival menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk berbelanja, menjamu selera dan berhibur dalam suasana festival rakyat yang penuh warna-warni.
Selain tawaran jualan akhir tahun, pengunjung turut akan menikmati promosi eksklusif, diskaun besar-besaran, aktiviti komuniti, persembahan artis, dan kejutan menarik setiap malam.
Ads
Elemen Islamik & Kemunculan Istimewa Aliff Aziz
Buat pertama kalinya juga, festival ini turut memperkenalkan program Islamik yang mengetengahkan elemen kerohanian dan perpaduan ummah.
Antara program yang dijangka akan diadakan termasuk Malam Mahabbah, sesi kerohanian bersama pendakwah jemputan serta persembahan nasyid.
Ads
Ia diadakan bagi memberi ruang kepada pengunjung menikmati suasana festival yang bukan sahaja meriah, tetapi juga bernilai rohani dan kekeluargaan.
Dalam pada itu, kemunculan semula artis sensasi, Aliff Aziz, yang dijemput khas oleh pihak Havoc untuk membuat persembahan istimewa selepas sekian lama tidak muncul di pentas Malaysia pasti menjadi sorotan ramai.
Dato’ Firdaus Nadxaman, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) Havoc Event & Management Sdn. Bhd., menyifatkan penampilan Aliff sebagai satu bentuk inklusiviti dan semangat baharu dalam dunia hiburan.
“Havoc Trio Festival bukan sekadar festival, tetapi satu platform untuk menyatukan komuniti, usahawan, vendor, pelancong dan keluarga.
Ads
“Kami mahu menjadikan acara ini sebagai festival rakyat yang merancakkan ekonomi tempatan sambil menghidupkan semangat kebersamaan hujung tahun.
“Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran ramai selebriti, jenama besar, serta aktiviti Islamik dan kerohanian yang memberi nilai tambah kepada seluruh pengunjung,” katanya.
Sementara itu, COO Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Faizul Mohd Yusof pula menjelaskan, dari segi teknikal dan perancangan, pasukan Havoc telah mempertingkatkan struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung, dan kemudahan untuk usahawan serta pengunjung.
“Kami juga memperkenalkan pelbagai variasi aktiviti dan keselesaan kepada semua lapisan masyarakat serta promosi besar-besaran yang Havoc bawakan,” katanya.
Selain persembahan artis, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, serta persembahan malam kerohanian dan permainan rakyat yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat seisi keluarga.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Band, Floor 88 akui berasa amat teruja selepas mereka diberikan tawaran untuk menunaikan umrah bersama peminat menerusi pakej yang diperkenalkan oleh Hotel Grand Barakah.
Menurut vokalisnya, Ayie Elham, menunaikan umrah bersama seluruh anggota kumpulan Floor 88 sememangnya sudah menjadi impian mereka sejak daripada dahulu lagi.
Katanya lagi, mereka juga berasa amat bersyukur dengan perancangan yang telah diaturkan oleh Allah SWT buat mereka.
“Bila pertama kali kami dengar yang Floor 88 dijemput dan ditawarkan untuk pergi mengerjakan umrah, kami sebenarnya menggigil.
“Sebenarnya Floor 88 memang dah lama rancang untuk pergi buat umrah bersama-sama. Persediaan kami nak ke tanah suci memang dah lama. Cuma dari segi kos kewangan dan masa yang menjadi kekangan.
“Bila dapat tawaran macam ini, kami macam tak percaya. Jadi, kami terus terima. InsyaAllah, harapan kami agar semua dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Ayie berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Ayien turut menambah, dia juga sebenarnya merancang untuk membawa bersama isterinya namun, segalanya harus bergantung kepada situasi semasa memandangkan isterinya itu kini sedang hamil.
“Saya ada bertanya juga kepada pihak penerbangan mengenai kebenaran untuk membawa wanita hami. Kemudian, mereka minta saya untuk mendapatkan surat rujukan daripada doktor.
“Bila saya fikir balik, risiko pun agak tinggi. Mungkin saya akan pergi dengan band dulu. Kalau ada rezeki lain kami akan pergi sekali,” katanya lagi.
Ketika ditanya, adakah dia sanggup berjauhan dengan isterinya untuk jangka masa yang agak lama, ini reaksi yang diberikan oleh Ayie;
“Sejak awal perkahwinan lagi dia punyai hasrat untuk ke Mekah. Cuma waktunya belum tiba.
“Bagi saya, bila dah ada panggilan tu, sebaiknya kita pergi. Dia pun faham dan kata rezeki saya dah sampai. Rezeki dia belum lagi. Dia okay untuk pergi kemudian,” ujarnya lagi.
Floor 88 dijangkan bakal berangkat ke Mekah pada 18 hingga 26 Mei depan.
Pakej yang diperkenalkan oleh pihak Grand Barakah Hotel ini turut mempelawa para peminat untuk turut sama menunaikan umrah bersama band, Floor 88.
Dalam perkembangan lain, kumpulan Floor 88 bakal mengadakan konsert berskala besar pada 27 Mac depan.
Sebanyak 13 lagu akan dipersembahkan dengan susunan muzik yang berbeza dan tidak pernah ditunjukkan oleh Floor 88 sebelum ini.
Tiket akan bermula dengan harga RM60 untuk zon C, RM150 zon B, RM200 zon A dan RM300 untuk zon VVIP.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Floor 88
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Elly Ariffin mengakui berasa agak berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah mencipta akaun palsu dengan menggunakan gambar dan namanya diaplikasi janji temu, Tinder.
Jelas Elly, dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di aplikasi tersebut malah segala maklumat yang dikongsikan juga adalah palsu.
Katanya lagi, perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia telah melibatkan maruahnya sebagai seorang wanita.
“ELLY TAKDE TINDER!!! Jangan terpedaya! Salam semua. Elly tau dalam keadaan sekarang isu ni tak penting untuk korang sebab ada banyak lagi isu yang lagi penting kita perlu fokus dan tekankan tapi isu ni penting untuk Elly sebab demi maruah sendiri.
“Untuk pengetahuan semua, Elly takde Tinder dan TAK PERNAH ADA Tinder! Jadi kepada sesiapa yang pernah mesej dengan manusia yang bernama “Elly” dalam akaun ni jangan terpedaya because IT’S NOT ME!
“Bila masa la aku umur 28 tahun Dan Elly dah lama berhenti kerja kat Astro. Bila masa plak aku duk guna ayat “auch auch”. Kau nak try orang pun ayat tu berjenis la sikit,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program Hlive itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Elly turut berharap agar individu berkenaan dapat menghentikan perbuatan tersebut sebelum tindakan lebih serius bakal diambil.
“Please block this person and report this account if korang jumpa kat Tinder ye? Because again, IT’S NOT ME! I DON’T HAVE ONE PUN. Nak main Tinder pun aku tak reti.
“Kepada “Elly”, sila jadi diri sendiri untuk ayat orang ye? Kalau malu sekalipun nak jadi diri sendiri, ko tukar la nama lain. Menyamar la jadi Jessica Alba ke, Ariana Grande ke (eyh pengantin baru kan?), mat salleh mane2 la.
“Kau jangan sampai aku boleh detect kau siapa and tak mustahil aku boleh buat report polis terus. Sekian,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut malah ada juga yang terhibur melihat perbualan individu berkenaan.
Sumber: Instagram Elly Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil tekad untuk tidak menyertai Gegar Vaganza (GV) meski mengakui ada menerima jemputan untuk turut sama bersaing menerusi program hiburan realiti itu sebelum ini.
Rohana, 65, berkata, atas faktor usia, dia lebih selesa untuk hadir ke konsert mingguan pertandingan tersebut bagi memberi sokongan kepada rakan artis yang bertanding.
“Memang ada jemputan untuk terlibat dalam GV tapi saya tak akan masuk. Saya sudah 65, tahun depan 66 tahun. Setakat menyanyi atas pentas membuat persembahan itu tiada masalah, tetapi bukan untuk bertanding.
“Rakan artis lain yang sebelum ini pun ada yang masuk dan secara langsung kita sudah tahu macam mana perjalanan dan komitmen yang diperlukan. Saya bimbang kalau tidak boleh nak ikut,” katanya.
Rohana turut mendedahkan, dia ada menerima pelawaan untuk terlibat dalam GV8, tetapi memilih untuk tidak menyertainya.
“Mereka ada juga panggil untuk tahun depan, tetapi saya pilih untuk tidak ambil. Tak naklah, dah tua. Saya suka berikan sokongan pada artis bertanding.
“Kadang-kadang sampai segan juga sebab asyik hadir menonton. Bagaimanapun saya hormati mereka yang berada di pentas GV. Mereka berani sahut cabaran.
“Komen netizen pun macam-macam. Saya bukan tidak boleh terima kritikan, tetapi mungkin sebab saya sudah berusia. Kilafairy dan anak-anak lain pun memang tidak setuju kalau saya masuk.
“Kalaulah ketika itu umur saya 50 tahun, mungkin saya boleh pertimbangkan tawaran tersebut,” katanya yang bersyukur kerana tawaran nyanyian masih lagi ada.
Dalam perkembangan lain, Rohana kini terlibat dalam perniagaan import dan eksport daging frozen dan mentah, Rohana Jalil Resources Sdn Bhd dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
Bisnes yang baru sahaja diusahakannya itu turut mendapat sokongan suami serta ahli keluarganya lain.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!