Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza menyatakan rasa leganya sejurus membuat persembahan sebagai artis jemputan pada konsert maestro muzik dunia, AR Rahman iaitu Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Sambil memanjatkan rasa syukur, bintang popular itu turut teruja menyaksikan reaksi hampir 70,000 penonton yang menonton secara langsung di stadium.

Reaksi spontan Siti itu dikongsikan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)

“Alhamdulillah… Lega Kak Zie (Rozi). Bila Siti dekat atas pentas itu, ketika nota pertama sudah betul, semua okay.

“Sudah tentu nervous. Gila tak nervous. Seronok tengok penonton semua bangun, standing ovation. Alhamdulillah,” kata Siti.

IKLAN

Menerusi video sama, Rozi turut berkongsi persiapan terakhir Siti sebelum membuat persembahan dengan lagu Munbe Vaa.

Sementara itu, penyanyi lagu Anta Permana ini menerusi platform sama turut memberikan dedikasinya susulan kejayaan konsert figura ternama dari India itu.

“Lega Kak Zie,” – Pengurus Tunjuk Video Siti Buat Persiapan Akhir, Raih Standing Ovation Di Konsert AR Rahman“Lega Kak Zie,” – Pengurus Tunjuk Video Siti Buat Persiapan Akhir, Raih Standing Ovation Di Konsert AR Rahman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Malam sejuta kenangan, sebagai penyanyi, saya ada impian dan angan-angan namun saya jadikan sebagai harapan.

“Malam ini, harapan saya ingin sepentas dengan idola dan legenda muzik dari India @arrahman telah tercapai. Ini merupakan satu penghormatan buat saya.

IKLAN

“Berdebar tetapi dalam masa yang sama teruja, gembira, terharu dan bahagia. Melangkah tahun ke-27 saya di dalam industri muzik, membuka tirai tahun 2023, saya mulakan lembaran portfolio karier seni saya dengan catatan peribadi untuk impian yang menjadi kenyataan.

“Terima kasih kepada seluruh penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil…yang telah memberikan saya semangat dari mula menyanyi hingga ke akhir lagu Munbe Vaa tadi. Anda semua memang best,” tulis Siti yang baharu sahaja menerima anugerah di World MuslimPreneur Awards 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, persembahan Siti di dalam acara tersebut turut menjadi buah mulut ramai sehingga klip persembahannya (fancam) banyak kali dikongsikan di media sosial, sejak malam tadi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI