‘Bagai mimpi jadi kenyataan’, begitulah yang dapat disimpulkan apabila pasangan adik-beradik popular, Ziana Zain dan Anuar Zain mengumumkan kolaborasi mereka menerusi konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022.
Konsert yang dibawakan oleh Trumpet International Sdn. Bhd itu bakal berlangsung buat pertama kalinya di Kuala Lumpur, 6 Ogos 2022 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Anuar menyifatkan peluang dan kepercayaan yang diberikan penganjur sebagai satu penghormatan buat mereka berdua.
“Saya bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kami mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sekian lama menginginkan persembahan kami berdua.
“Konsert ini bakal menjadi momen kolaborasi indah buat saya dan kakak yang telah sekian lama berada di dalam industri ini,” katanya kepada Media Hiburan.
Anuar ditemui pada sidang media konsert berkenaan yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Bakal memberi persembahan yang akan menjadi ‘mimpi indah’ buat penonton, penyanyi Lelaki Ini juga dijangka menampilkan sebuah kolaborasi epik bersama Ziana Zain dalam konsert tersebut.
Bagi Ziana sendiri, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 adalah sebuah hadiah kepada peminat sepanjang pembabitan mereka sebagai pelaku seni.
“Konsert ini akan menjadi ‘golden moment’ bukan sahaja buat peminat tetapi kami dua beradik.
“Kami sangat berterima kasih kepada penganjur, Trumpet International Sdn Bd yang berani mengetengahkan Anuar dan Ziana Zain dalam konsert ini pada saat dunia hiburan tempatan kita baru ingin giat semula,” kata pelantun Madah Berhelah tersebut.
Persembahan yang bakal berlangsung selama 90 minit itu akan menyaksikan kedua-dua penghibur kesayangan ramai ini melantunkan lagu-lagu malar segar dan popular yang telah menjulang nama mereka dalam persada seni tempatan.
Tiket Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 dijual pada harga bermula RM288, RM588, RM788, RM988 shingga RM1188. la bole dibeli secara talian (online) di www.excitix.com.my mulai hari ini, jam 3 petang.
Menariknya, sebaik penjualan dibuka tepat jam 3 petang tadi, sebanyak 50 peratus tiket telah berjaya terjual sementara tiket berharga RM288 habis terjual dalam tempoh tiga jam sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anuar Zain, Ziana Zain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi isu kontroversi, pelakon Lana Nodin berkata ada ketikanya dia perlu tampil ke hadapan untuk ‘mengajar’ netizen yang sering kali mengecamnya tanpa sebab.
Terbaharu, timbul pula isu apabila dirinya dikecam tidak memakai sarung tangan ketika sedang mengguli tepung untuk roti.
Pelakon berusia 42 tahun itu kini giat mengusahakan Lana’s Bakery Land yang baru sahaja beroperasi baru-baru ini.
“Saya sebenarnya okay je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.
“Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.
“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik… Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.
“Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex (pewarna kuku).
“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan… Yang mana perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate supaya mereka tahu,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Tokan itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Lana pada masa sama bersyukur kerana perniagaannya itu kini mampu direalisasikan selepas dua tahun tertangguh.
“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini.
“Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda, saya perlu usahakan dari A to Z,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kesemua tiket konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 habis terjual dalam tempoh tiga hari sahaja!
Bak pisang goreng panas, kesemua tiket berharga RM288, RM588, RM788, RM988 dan RM1,188 laku terjual membuktikan pengaruh dua penyanyi terkenal ini di kalangan peminat setia mereka.
Malah menurut penganjur, Trumpet International Sdn. Bhd., konsert ini juga mencatat sejarah antara konsert artis tempat yang habis terjual dalam tempoh masa singkat.
“Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan tiket konsert! Konsert ini mencapai rekod sebagai satu daripada konsert habis terjual oleh penyanyi tempatan dengan jualan tiket terjual sepenuhnya dalam masa tiga sahaja!
“Anuar Zain dan Ziana Zain amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan dengan menjadikan konsert ini sebagai sebuah persembahan ‘full house’. Populariti mereka sebagai penyanyi Malaysia sekali lagi terbukti,” tulis penganjur di laman Instagram rasmi mereka.
Penganjuran konsert kali ini merupakan gabungan pertama Anuar bersama kakaknya dalam konsert berskala besar.
Kali terakhir, pasangan adik-beradik popular ini disatukan dalam sebuah pentas yang sama ketika menjayakan persembahan di Singapura pada 12 tahun lalu.
Menerusi laporan Media Hiburan sebelum ini, Anuar menyifatkan kepercayaan yang diberikan penganjur sebagai satu penghormatan buat mereka berdua.
“Saya bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kami mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sekian lama menginginkan persembahan kami berdua.
“Konsert ini bakal menjadi momen kolaborasi indah buat saya dan kakak yang telah sekian lama berada dalam industri seni,” katanya.
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anuar Zain, Ziana Zain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zulin Aziz kekal dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi dan mengulas lanjut mengenai punca perceraiannya bersama bekas suami, Farhan Norzaini.