Satu perkongsian foto daripada sosialit terkenal, Marion Caunter mencuri perhatian ramai selepas ibu cantik beranak dua itu memuat naik foto dirinya memakai telekung di Instgaram.
Diapit oleh kedua-dua puterinya bersama ciuman di pipi, momen Marion yang dirakam tersenyum secara kandid itu nyata mendapat respon pelbagai daripada para pengikutnya.
Pelakon Didie Alias mengakui dirinya kini agak selektif terutamanya dalam hal pemilihan naskah sebelum menerima sebarang tawaran.
Jelas Didie, pada ketika ini, dia lebih selesa untuk memilih watak yang mampu memberikan impak buat penonton dan bukan hanya sekadar bahan tarikan untuk sesebuah drama.
“Saya memang seorang yang memilih sebab kadang-kadang kalau kita terima tawaran untuk watak yang kosong atau tiada impak, rasa macam rugi pula.
“Rugi buat orang menanti-nantikan kemunculan kita. Ia seolah-olah mereka menjual nama kita hanya untuk tarikan padahal watak tersebut sangat tidak berbaloi untuk saya terima.
“Sebagai contoh, ada pihak yang menawarkan saya untuk drama lapan episod dan penggambarannya pula memakan masa selama 15 hari.
“Tapi dalam satu episod saya hanya keluar satu babak sahaja. Ia sesuatu yang sangat merugikan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada lima orang anak ini turut menambah, dia juga tidak mahu masa yang telah diluangkan untuk membuat persediaan dibazirkan begitu sahaja dek kerana peranannya yang begitu kecil.
“Sebagai seorang penerbit, bila anda dah dapat Didie Alias kenapa pula nak bagi saya hanya babak yang pendek sahaja?
“Saya berasa agak rugi di situ sebab saya perlu masa untuk buat persediaan. Apa watak yang sempat saya nak kembangkan kalau hanya satu babak sahaja?
“Saya masih mampu untuk melakonkan apa sahaja watak. Kalau boleh, berilah saya watak yang mampu memberi impak kepada drama tersebut,” ujarnya lagi.
Didie berkata sedemikian ketika di set penggambaran program MH Throwback, baru-baru ini.
Ditanya mengenai sikap para pendatang baru, Didie merasakan ada segelintir daripada mereka hanya sekadar ingin menjadikan platfrom tersebut sebagai batu loncatan untuk membina jenama sendiri.
“Kebanyakan daripada mereka ada yang benar-benar nak masuk kedalam dunia industri sebagai mereka punya periuk nasi.
“Malah, ada juga yang datang untuk seketika sahaja. Mereka ambil peluang itu dan bila dah bina nama serta impak, mereka tinggalkan sahaja industri ni dan buat pekerjaan lain. Mereka hanya masuk untuk personal branding sahaja.
“Bagi saya, kepada pendatang baru yang ingin memasuki dunia seni, kalau nak duduk lama dalam industri, buatlah kerja anda dengan jujur dan ikhlas.
“Kalau hanya jadikan peluang ini sebagai batu loncatan, baik tak payah. Jangan busukkan nama industri kami. Kami bertahan ni pun bukan atas sebab perkara-perkara yang tak bagus tapi disebabkan bakat.
“Kalau anda ada bakat, sila kekal lama dalam industri. Kami memang perlukan pelapis-pelapis seperti anda,” akhirinya.
Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin telah pun bersetuju menjalinkan kerjasama dengan pengasas LB Creuset bagi melancarkan produk masakan utara, Nasi Daging Telentang yang kini kian mendapat tempat.
Menurut Syatilla, projek ini bukanlah satu usahasama yang biasa kerana dia juga mempunyai misi yang tersendiri untuk dilaksanakan.
“Apabila pihak LB Creuset mengajak saya untuk berkerjasama, saya terus terfikir untuk tidak menggunakan hasil keuntungan ini untuk diri saya semata-mata.
“Saya dah ada sumber pendapatan yang lain terutamanya dari bisnes saya untuk menampung hidup.
“Bila peluang seperti ini hadir, saya ingin memanfaatkannya untuk orang lain. Saya hanya sebagai platform.
“Saya mahu orang yang gunakan platform saya untuk raih pahala. Saya dapat pahala anda pun dapat pahala,” katanya kepada MH.
Isteri kepada aktor, Shaheizy Sam itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang di Eastin Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Katanya lagi, segala hasil keuntungan daripada projek usahasama ini akan didermakan untuk menampung dana membina sebuah masjid di Sungai Siput, Perak.
“Soal masjid ini pula, saya rasa memang rasa bertuah kerana salah seorang ahli keluarga saya dia memang menuntut di sekolah pondok di sana. Keadaan di sana amat sederhana.
“Suraunya pula sangat kecil dan tak mampu untuk menampung anak-anak tahfiz serta penduduk kampung di sana. Bila masyarakat sana ada niat nak bangunkan masjid, projek terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bajet.
“Mereka juga dah buntu walaupun dah iklankan dibeberapa tempat, masih tiada orang yang tolong. Bila saya dapat tahu, saya rasakan saya boleh tolong. Orang kenal saya, kenapa pula saya tak nak gunakan kesempatan ini untuk tolong orang.
“Dengan niat ini, saya tidak akan ambil satu sen pun. Sebenarnya itu bukan duit saya tapi duit mereka yang membeli produk ini.
“Walaupun sepatutnya jadi hak saya, saya nak serahkan semuanya di sana supaya sebelum tahun 2021 masjid ini dapat disiapkan,” jelasnya lagi.
Pada majlis tersebut, pihak LB Creuset turut melancarkan ‘pakaging’ terbaru edisi Ramadan. Nasi Daging telentang ini disediakan sendiri menerusi air tangan pengasasnya, YM Syed Haniff dan Leon Puung.
Nasi Daging Telentang boleh dipesan menerusi agen-agen berhampiran meliputi kawasan di seluruh semenanjung Malaysia.
Bersempena bulan Ramadan, pihak LB Creuset turut menawarkan promosi untuk Combo Pack Family Telentang dengan harga RM88 (4pax) manakala Individu Telentang Pula berharga RM22 (1pax).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lebih sedekad menghiburkan ramai peminat di seluruh dunia, bintang Korea Selatan, Lee Kwang Soo dikhabarkan bakal meninggalkan posisinya sebagai ahli tetap bagi rancangan popular terbitan SBS, Running Man.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh pihak agensinya, King Kong by Starship dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Menurut agensinya lagi, Lee Kwang Soo difahamkan bakal membuat penampilan terakhirnya bersama Running Man dalam episod yang akan ditayangkan pada 24 Mei depan
“Lee Kwang-soo akan mengundurkan diri daripada SBS ‘Running Man’. Pengambaran terkahiranya akan berlangsung pada 24 Mei.
“Dia telah menjalani rawatan rehabilitasi secara konsisten sejak kecederaannya pada tahun lalu, namun agak sukar baginya untuk berada dalam kondisi yang sempurna semasa rakaman.
“Selepas berbincang dengan panjang bersama ahli lain, produser dan agensi sejak kemalangan itu, dia membuat keputusan untuk berehat bagi menjaga tubuh dan mindanya.
“Kami berterima kasih kepad anda semua kerana memberikan kasih sayang dan perhatian kepada Lee Kwang-soo dalam ‘Running Man’,” katanya pihak agensinya.
Mereka turut menambah, keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang buat Lee Kwang Soo untuk berehat memandangkan dia kini sedang menjalani tempoh pemulihan setelah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan akibat terlibat dalam satu kemalangan pada Februari lalu.
Dalam pada itu, stesen tv SBS turut mengeluar kenyataan bagi mengesahkan mengenai berita tersebut.
“Ahli ‘Running Man’ dan pihak produksi sudah berbincang mengenai pengunduran Lee Kwang-Soo daripda program tersebut sejak sekian lamanya. Dan kami akan menghormati segala keputusan Lee Kwang-soo.
“Sejak daripada kemalangan tahun lalu, Lee Kwang-soo telah menjalani proses rehabiltasi untuk kakinya, meskipun tidak berada dalam kondisi yang baik, dia menjalani rawatan tersebut dan pengambaran ‘Running Man’ pada masa yang sama atas rasa tanggungjawab dan sayangnya kepada rancangan itu.
“Walaubagaimanapun, sukar baginya untuk melakukannya serentak dan dia meluahkan kerisauan tersebut kepada ahli dan juga pihak produksi.
“Ahli lain dan pihak produksi mahu meneruskan bersama Lee Kwang-soo dalam ‘Running Man’ untuk masa yang lama, namun pandangan dia sebagai ahli rancangan itu adalah penting, jadi kami membuat keputusan untuk menghormati pilihan tersebut selepas lama berbincang.
“Walaupun terpaksa menjalani pengakhiran yang cantik, kami meminta penonton untuk memberikan sokongan kepada Lee Kwang-soo dan ahli lain yang membuat keputusan yang susah ini. Setiap ahli dan pasukan produksi juga akan menyokong Lee Kwang-soo, seorang ahli-ahli kekal. Terima kasih,” jelas pihak SBS.
Sumber: Soompi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.