Aktor terkenal, Remy Ishak memaklumkan isteri tercintanya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pagi Khamis.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak bayinya itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi di sebuah hospital swasta di ibukota.
“Assalamualaikum, Alhamdulilah isteri saya Ezza Yusof telah selamat bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur,” tulisnya.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon filem Hijrah Jannah itu menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Ads
Dalam pada itu, Remy turut memberitahu, isteri serta anaknya itu kini berada dalam keadaan yang baik.
Ads
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Remy dan isterinya masih belum mendedahkan jantina serta wajah penuh bayi mereka itu.
Ads
Sekadar informasi, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas hampir lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Cat Farish yang telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Shikin Maembong dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak Kuala Lumpur tepat jam 9.07 malam.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh
Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur Mohd Shukri Hj Shafie dan disaksikan oleh wali yang juga merupakan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.
Dalam majlis itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli
menyerahkan mas kahwin RM200 dan sebentuk cincin.
Sementara itu, Cat turut memberi tiga dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Terdahulu, Cat pernah berumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020, namun bercerai, pada Januari lalu, tanpa cahaya mata.
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, sebelum bercerai pada Jun 2016.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.
Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi di Bukit Jelutong pada Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya tidak menghormati tempoh iddah gara-gara seringkali tampil cantik, kemas dan bergaya di media sosial.
Menurut Puteri Sarah, terdapat perbezaan diantara proses iddah jika seseorang itu bercerai hidup dan bercerai mati dengan suami.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menjelaskan segala perkara yang dikongsikan di media sosial itu adalah merupakan tuntutan kerja.
“Sebenarnya, saya pun ada membuat sedikit bacaan dan mengambil tahu tentang iddah. Tiada pihak yang menghalang saya bekerja.
“Saya tahu ramai pihak di luar sana yang mempertikai mengenai proses iddah saya. Namun, ada beberapa perkara yang kita kena tahu. Kalau bercerai mati, barulah kita duduk di rumah dan tidak boleh berhias.
“Manakala, jika bercerai ketika suami masih hidup, selama tiga bulan, saya kena bagitahu suami tentang segala urusan saya. Ketika ini, saya ada banyak tuntutan kerja.
“Jadi, Syamsul memang tahu tentang segala urusan kerja saya. Saya ke Jakarta pun dia tahu,” katanya kepada MH.
Puteri Sarah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang berlangsung di The Agam, Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon drama Hijrah Jannah ini turut mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan tomahan yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadap dirinya mengenai caranya menjalani tempoh iddah.
“Saya okay sahaja dan tak mahu ambil pusing sangat. Cuma bila ada pihak yang tak tahu fakta, kita akan bagitahu dan betulkan.
“Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dan tidak membuat perkara lain. Orang di luar sana pun boleh tahu kalau tengok aktiviti saya di media sosial,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur selepas hubungan bekas suaminya bersama anak-anak kini semakin baik.
“Ketika ini perasaan saya memang gembira dan rasa seperti sedang memulakan hidup baharu. Anak-anak kini berada dalam keadaan yang sangat baik.
“Selepas apa yang berlaku sebelum ini, Syamsul lebih kerap berjumpa dan meluangkan masa dengan anak-anak. Hubungan mereka semakin baik. Hubungan Syamsul dengan saya juga begitu.
“Kami akan berhubung secara terus dan tidak lagi seperti dahulu. Tiada pertelingkahan diantara kami lagi. Kalau boleh, saya nak merapatkan lagi hubungan Syamsul dengan anak-anak.
“Selepas ini, saya mahu merapatkan hubungan Syamsul dengan mertua saya pula,” akhirinya.
Terdahulu, pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, serta Summayah kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenakan pakaian yang berharga murah asalkan ia kelihatan cantik pada pandangannya.
Kenyataan tersebut merupakan respon balas Fasha terhadap komen seorang individu yang mengatakan baju yang digayakannya menerusi entri terkini di laman Instagram cuma berharga RM15.
“Ya kakak. RM15 sahaja dekat Times Square. Harga bukan menjadi ukuran tapi bagaimana kita membawa gaya tersebut,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut merasakan baju yang berharga mahal itu tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
“Ada kalanya, pakai baju atas berpuluh ribu, tetap tak nampak cantik. Saya tak kisah dan tak malu pun. Saya memang pakai baju murah-murah sahaja,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji Fasha yang sentiasa kelihatan cantik dalam mengenakan apa sahaja jenis pakaian sekali pun.
“Betul tu. Pakai mahal-mahal tak kena gaya tak cintik juga. Kalau pakai bundle pun kalau kena gaya, orang kata mahal juga. Apapun kita sendiri yang pakai. Kita rasa selesa dan kita rasa lawa di mata sendiri. Itu sudah cukup.
“Orang kalau dah cantik, pakai baju RM1 pun tetap nampak cantik.
“Ini baru betul. Bila orang ada class pakai baju RM15 tetap nampak cantik.
“Mahal atau murah bukan itu tujuannya. Yang penting macam mana kita menggayakannya. Kalau kita pandai menggayakan, baju akan nampak wow dan nampak mahal. Begitu juga sebaliknya.
“Sis kita sama. Saya layan Time Square sahaja. Baju banyak je elok-elok. Asalkan pandai gayakan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, selain aktif berlakon, Fasha juga kini sedang sibuk dengan pelbagai projek selaku duta produk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.