Pelakon, Chacha Maembong mendedahkan memang sudah menjadi rutin buat keluarga besarnya untuk sama-sama bergotong royong untuk menguruskan majlis perkahwinan buat ahli keluarga.

Bertindak selaku floor manager di majlis akad nikah kakaknya, Shikin Maembong bersama penyanyi dan pelakon, Cat Farish, Chacha memaklumkan dirinya amat teruja untuk membantu menguruskan persiapan meskipun jadualnya yang agak padat.

Satu Keluarga Gotong Royong Untuk Majlis Kahwin, Chacha Maembong Dah Biasa Jadi Orang Kuat

“Sejujurnya persiapan majlis ini memang sangat singkat iaitu kurang daripada seminggu. Mulanya, Emma yang uruskan sebab saya ada penggambaran.

“Kemudiannya, beberapa hari sebelum majlis, mereka telefon minta tolong sebab tak cukup tangan. Jadi, saya bantu apa yang termampu. Saya curi-curi masa walaupun ada penggambaran.

“Lagipun, keluarga kami ramai dan kami saling bantu membantu. Kalau hal venue dan dekorasi, seluruh keluarga terjun dan tolong bersama,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pelakon drama siri Special Force: Anarchy berkata sedemikian ketika ditemui di majlis akad nikah Shikin dan Cat yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Satu Keluarga Gotong Royong Untuk Majlis Kahwin, Chacha Maembong Dah Biasa Jadi Orang Kuat

Katanya lagi, seluruh ahli keluarga sanggup menghadapi segala dugaan demi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

“Kami sekeluarga memang rapat. Saya dan Emma pula tak ramai kawan. Jadi, kawan kami adalah keluarga sendiri. Memang boleh je nak mintak orang lain uruskan tapi perasaan dia lain.

IKLAN

“Bila kita uruskankan sendiri, kita akan penat dan stress bersama-sama. Kami tidak akan abaikan majlis keluarga sendiri. Kita sendiri akan tanya apa masalah, kemudian selesaikan bersama-sama,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail memdedahkan dirinya tidak faham jika ada yang sanggup membelakangkan keluarga bila melihat urusan perkahwinan.

“Pada saya, pada zaman ini, keluarga adalah segalanya. Kalau anda rasa tak perlukan keluarga, bagi saya itu tindakan yang tak betul.

“Bila kita susah, kita cari siapa? Kita stess sebab apa? Sebab tiada keluarga. Selepas fasa pandemik, hubungan keluarga kami jadi semakin rapat. Kini, jadi lebih erat,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Chacha sempat berseloroh mengharapkan ahli keluarganya bakal membuat pesiapan berlipat kali ganda bila tiba majlis perkahwinannya nanti.

“Sudah tentu mereka kena tolong seratus peratus. Saya dah pernah bercakap dengan keluarga, bila giliran saya berkahwin pula nanti, saya nak pergi bercuti.

“Memandangkan saya dah uruskan perkahwinan kakak sejak turun temurun. Saya turun je pesawat, saya nak ke majlis terus. Kemudian, bercuti semula,” selorohnya.

Terdahulu, Cat telah selamat bergelar suami kepada Shikin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Khamis lepas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI