Bekas isteri Dai Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris telah selamat melahirkan cahaya mata kedua semalam.

Berita gembira itu diumumkan Fatin menerusi Facebook miliknya sejurus dikurniakan anak lelaki.

“Alhamdulillah anugerah terindah dr Allah Yang Maha Esa. Lahir seorang khalifah kecil ummi..

“Semalam spend Time sepenuhnya dengan kakak. Rupanya adik nak lahir melihat dunia hari ni.

“Alhamdulillah Berkat doa semua. Semua dipermudahkan.

“5/7/2018 genap umo kakak setahun 6 bulan. 5/1/2020 lahirlah adik fariha.

IKLAN

“Assalamualaikum semua, doakan saya ye semoga saya sentiasa sihat  & sentiasa dlm lindungan Allah, Amin#babyboy#anugerahterindah#heroummi,” tulisnya.

“Alhamdulillah, Anugerah Terindah,” – Bekas Isteri Dai Farhan Selamat Bersalin Bayi Lelaki

“Alhamdulillah, Anugerah Terindah,” – Bekas Isteri Dai Farhan Selamat Bersalin Bayi Lelaki
Sementara itu, menerusi Instagram Farhan, dia turut gembira atas kelahiran puteranya itu.

IKLAN

“Alhamdulillah selamat melihat dunia putera ummi & walid ni. Moga hidup dlm kebahagian, sukses selalu, barakah dunia akhirat. amiinn

“Syukran ummi moga dirahmai Allah SWT,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu, kisah rumah tangga mereka pernah menarik perhatian ramai.

Farhan memaklumkan telah menceraikan Fatin dengan talak satu.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Fariha, 1 tahun 6 bulan.

Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.

 Foto : Facebook Fnama Fatin, Instagram Nik Farhan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI