Penyanyi dangdut Indonesia, Chacha Sherly dilaporkan meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, 4 Januari lalu di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang – Solo, kira-kira jam 12.00 tengahari.
Berita tersebut disahkan pengurusnya, Chorus Okky yang turut sedih dengan pemergian penyanyi berkenaan.
Difahamkan, bekas anggota kumpulan terkenal Trio Macan itu menghembuskan nafas terakhir keesokannya selepas koma akibat kemalangan itu.
Ads
Ketika kejadian, sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas lalu menyebabkan kenderaan yang mengikuti di belakang kemudian merempuh kenderaan itu termasuk kereta yang dinaiki Chacha.
Ads
Chacha sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Trio Macan sekitar tahun 2011 sebelum memilih untuk bergerak secara solo tahun lalu.
Biar pun baru bersiaran beberapa episod, namun drama bersiri terbaru di slot Samarinda TV3, Takdir Yang Tertulis nyata mendapat sambutan luar biasa penonton.
Malah masing-masing cuba memberikan reaksi terhadap konflik yang melanda mereka dari sehari ke sehari.
Ditulis dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan yang dilakonkan oleh Nazim Othman, Juweta (Nad Zainal), Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad).
Selain pelakon utamanya, watak Che Salmah yang didukung pelakon hebat, Didie Alias turut memancing mata ramai dek sikapnya yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan demi kepentingan diri.
Malah, sikap Che Salmah turut dikongsikan Didie menerusi satu babak episod kelima yang bersiaran 10 malam ini.
“Sape nk sambung bayar, zero downpayment. Harga ok Che Salmah Let Gooo. Jom layan jap je lagi kul 10 malam.
”Jom sambung Kecam mlm ni,” tulisnya pada video yang dimuat naik.
Serentak dengan itu, para peminat turut sama meninggalkan reaksi pelbagai terhadap babak yang dikongsikan bintang senior itu.
Bersiaran sebanyak 15 episod, Takdir Yang Tertulis turut disokong oleh para pelakon lainnya seperti Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri dan ramai lagi.
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman tampil memberikan penjelasan berhubung videonya yang dilihat seperti melakukan sujud syukur selepas papan iklan billboard produknya, Mikaseries dipasang di lebuh raya, baru-baru ini.
Penjelasan tersebut dibuatnya selepas video yang dikongsikan di Instagram miliknya itu mendapat reaksi pelbagai seterusnya mengundang kecaman warga maya.
Memetik Harian Metro, Zoey berkata dia merujuk kepada jenama lokal baharu yang berada di pasaran.
“Ramai yang sudah salah faham. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kebanyakan billboard membabitkan produk lokal adalah jenama yang sudah lama dan dikenali ramai. Tapi, untuk jenama baharu macam saya, memang jarang sekali ada.
“Disebabkan itu saya berkongsi di media sosial. Saya mahu ia menjadi inspirasi kepada ahli perniagaan baharu atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Supaya selepas ini ada banyak lagi produk lokal yang boleh berjaya.
“Kalau saya boleh dapat dan berjaya mencapai apa yang diusahakan selama ini, kenapa tidak orang lain? Ini yang saya mahu ajak kepada semua.
“Daripada kita asyik mencari salah orang dan mengata yang bukan-bukan, apa kata untuk kali ini kita buka mata dan melihat dari sudut positif,” katanya seperti yang dipetik.
Zoey pada masa sama berpendapat, tidak ada apa yang salah di atas perbuatannya itu.
“Kalau pemain bola boleh sujud syukur di padang, kenapa saya tidak boleh? Lagi pula, apa dibuat itu sebagai tanda saya mensyukuri nikmat dan rezeki pemberian Allah SWT.
“Saya percaya setiap ahli perniagaan bercita-cita untuk memiliki billboard sendiri. Malah, tentu sahaja mereka bangga jika ia dapat dilaksanakan. Begitu juga saya.
“Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat saya dan menyokong produk saya. Kepada yang mengata itu, tidak mengapa, saya maafkan anda. Saya okay saja,” katanya.
Terdahulu, Zoey terharu dalam syukur apabila dua buah billboard yang memaparkan jenamanya berjaya menembusi dan dinaikkan di Lebuh raya Federal.
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 75,000 kali.
Sumber, Foto: Harian Metro, Instagram Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).