Pelakon senior, Riezman Khuzaimi memaklumkan khabar duka apabila ibunya Siti Fauziah Wan Sheikh telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.45 petang Ahad.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon berusia 51 tahun berkongsi berita tersebut seterusnya mendoakan agar segala dosa arwah ibu diampunkan Yang Maha Esa.
“Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Bondaku Siti Fauziah Binti Wan Sheikh, jam 6.45 petang sekejap tadi menghembuskan nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.
“Moga amalan arwah Mak dan anak2 yg Soleh menjadi penemannya di alam barzakh sana. Semoga ALLAH Ampun kan lah segala Dosa2 Mak, serta Tempat kan Mak bersama2 di kalangan orang2 yg Beriman,” tulisnya.
Ads
Riezman turut menjelaskan jenazah Allahyarhamah dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
“Man Minta Ampun Segalanya. Dan Tiada Akan Putus Doa dari Anak Mu ini mak.. Semakin Rindu BondaKu.. Man akan Sentiasa Rindu Makz
Ads
“Esok pagi jam 7.30am akan mandi jenazah Bonda di Masjid Bukit Antarabangsa, doakan untuk arwah Bonda saya. Al Fatihah,” tulisnya lagi.
Ads
Serentak dengan itu, rakan artis serta peminat turut menzahirkan ucapan takziah kepada Riezman seisi keluarga.
Foto: Instagram Riezman Khuzaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Kilafairy menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan, UFORA.
Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan terutamanya lipmatte ataupun pembayang pipi.
Bagaiamanpun, mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.
“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu untuk berkata ‘ya’. Tapi apabila mencubanya, saya suka.
“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai apa-apa dibibir,” katanya jujur.
Baginya yang selesa disapa Kila ini, tekstur lembut yang ada pada lipmatte terbabit sememangnya jarang didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.
“Produk sama jenama antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipmatte ini dan harganya pula amat berpatutan, hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.
Sebelum ini, Kila yang juga merupakan anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil turut tampil dengan jualan produk makanan tambahan sendiri, iaitu KilaFit kira-kira dua tahun lalu.
Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna.
Sementara itu, Kila turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 dan ia telah mencetuskan idea bersama pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.
“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.
“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.
“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.
Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal, UFORA X Kilafairy telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ, malam Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Kila mendedahkan dia akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.
“Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.
“Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” katanya.
Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Yang pasti, bila ia sudah konkrit, insya-Allah saya akan berkongsi dengan semua orang,” katanya.
Kila dan kekasih difahamkan sudah lebih 10 tahun saling mengenali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Rosma ada memaklumkan dirinya telah dimasukkan ke hospital selepas disahkan mengalami jangkitan di bahagian paru-paru, pada Ahad lalu.
Difahamkan, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapatkan rawatan di sebuah Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pada itu, suami kepada Rosma iaitu Khai atau nama sebenarnya Mohammad Khairul Nizam ada menitipkan doa agar isterinya diberi kekuatan dan kembali sihat seperti sedia kala.
“Sayang seorang yg kuat, first time admit sepanjang perkenalan & perkahwinan kita,. Anak2 pun terkejut selalunya daddy yg admit.
“Allah uji ikut kemampuan hambaNya. Terima kasih diatas Doa yang baik2 drpd kalian semua buat isteri sy. Hanya Allah shj dpt membalasnya. Amin… #KhaiRosma #TerimaKasih #SyukurAlhamdullillah #Allahuakbar,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama ini dipermudahkan segalanya.
Terdahulu, Rosma telah mendirikan rumah tangga bersama Khai pada April 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5 dan Nur Alya Dhania, setahun.
Foto: Instagram Khai Rosma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kelimanya bersama suami, Hanif Zaki, pelakon cantik Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa foto bermakna bagi dirinya saat bergelar raja sehari.
Merakam kembali detik indah menerusi Insta Story, pelakon Dendam Aurora itu mendedahkan rambutnya telah didandan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman yang turut menata persalinan nikah pada hari bahagianya.
“Mungkin ramai tak tahu, rambut I didandan oleh Dato @rizalman71. Nampak tak sesungut tu katanya bagu nampak manis and dress also from him.
“Makeup @khirkhalid pelamin dari @glamweddings ada kesinambungan ke resepsi seterusnya,” tulis Anzalna pada fotonya yang sedang duduk dipelaminan.
Malah, ibu beranak satu ini sempat berseloroh mengenai kesediaan suaminya apabila majlis pernikahan mereka turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
“Paling nervous sebab majlis perkahwinan kami dibuat secara live oleh @tv3malaysia. Nasib baik @hanif_zaki tak terkencing waktu salam tok kadi dan nasib baik juga sekali lafaz saja!
“Hebat bukan!! Hahaha,” tulis Anzalna yang turut memuji persembahan penyanyi Ning Baizura pada malam resepsi.
“Majlis reception yang ketiga bersama peminat. Sumpah penat gila mungkin sebab rambut berat! Hahaha the next day terus pergi Mekah,” kenangnya lagi.
Pada akhir perkongsian, finalis Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa ini turut menyatakan
“Itu sahaja sharing buat tahun ni punyawedding anniversary. Apa pun, yang lebih bermakna adalah keberkatan daripada Allah SWT,” jelasnya.
Mengimbas kembali, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.
Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...