
“Dunia social media memang bahaya. Pandai guna pandai berwaspada”. Itu nasihat pelakon Aaron Aziz apabila dia sekali lagi terlibat dengan isu scammers.
Bersuara lantang dan bersifat tegas, Aaron telah merakam video lalu memuat naik di Instagram miliknya.
”Assalamualaikum semua. Nak bgtahu semua rakan2 artis ada org scmamer nak jadi diri saya. Berwaspada dgn number telefon ending 5627.. Dia dah called 3 orang artis melalui media sosial dan whatsapp..
“Pura2 nk jadi saya. Kepada mereka yg kenal saya, saya tak akan contact korang tanpa sebab..
“Sekarang scammer mcm2 cara nak tipu. Kepada budak ni(scammer), tolong lah buat kerja yg lebih berfaedah. Jadilah diri sendiri. Nanti dalam kubur, awak kena jawab sendiri. So be careful guys! Jangan layan number akhir 5627. Aku tak akan DM korang tanpa sebab,” katanya tegas.
View this post on InstagramDunia social media memang bahaya. Pandai guna pandai berwaspada. #hentikanscamming
A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video tersebut.
Terdahulu, Aaron sudah membuat laporan polis berhubung isu ditipu oleh pihak berkenaan apabila dia memuat naik gambar seorang kanak-kanak yang mengalami masalah kanser darah tempoh hari.
Video : IG Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Di Sana Mungkin Ada Perkara Dianggap Biasa Tapi…,” – Anna Jobling Tahu Jaga Batas, Tak Mahu Guris Hati Peminat Malaysia

Nama-nama selebriti tempatan seperti Bront Palare, Iedil Putra dan Baby Shima sememangnya sudah mendapat tempat di hati peminat seni Indonesia menerusi karya mereka masing-masing.
Kejayaan anak-anak seni tempatan itu secara tidak langsung telah menjadi pemangkin semangat buat pelakon meningkat naik, Anna Jobling untuk turut melebarkan sayapnya di negara seberang itu.
Menurut Anna, dia tidak kisah untuk berhijrah ke Indonesia seandainya diberi peluang untuk berlakon di sana.
“Untuk pindah selamanya di sana, mungkin tidak. Tapi saya tidak tahu perancangan masa depan saya macam mana. Kalau ada rezeki tak ke mana. Saya tak kisah untuk tinggal di Indonesia tapi apapun, saya tetap akan balik.
“Keluarga saya masih ada lagi di sini. Sebelum ini, kalau saya balik England pun, saya tetap nak balik ke Malaysia juga,” katanya kepada MH.
Dijadualkan bakal berkunjung lagi ke Indonesia pada bulan ini, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman memberitahu, dia akan sentiasa menjaga batas dan nama baiknya sepanjang berada di sana.
“Saya sentiasa berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau saya buat sesuatu perkara itu, apa tanggapan orang terhadap diri saya. Walaupun saya dekat Indonesia, hati saya masih lagi Malaysia.
“Saya kena fikir juga apa orang di sini akan fikir terhadap diri saya. Mungkin di sana ada sesetengah perkara itu dianggap biasa, tapi di sini tidak. Saya akan sentiasa menjaga batas dalam setiap perbuatan saya.
“Mak dan ayah pun selalu berpesan untuk sentiasa menjaga diri kerana Indonesia dan Malaysia adalah dua tempat yang berbeza,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia gembira dengan perjalanan kerjaya seninya ketika ini meskipun terpaksa menunggu waktu yang agak lama untuk namanya dikenali, ini reaksi yang diberikan oleh bekas peserta Dewi Remaja 2018 itu;
“Saya tak pernah berasa kecewa kerana saya ini seorang yang suka buktikan orang lain salah. Kalau orang kata saya tak boleh pergi jauh, tak mengapa. Korang sabar je kejap.
“Saya akan buktikan tanggapan orang lain tu salah. Saya percaya, kalau saya bekerja keras dan memantapkan mutu lakonan, saya boleh berjaya.
“Walaupun dalam sekelip mata nama saya dikenali sampai ke Indonesia, saya berpandangan ia bukan sekadar tuah tetapi kerja kerasa saya selama ini. Segalanya berlaku sangat pantas.
“Pengurus dan keluarga pun tak pernah putus ada dengan saya. Jadi, saya merasakan perjalanan kerjaya saya sangat berbaloi,” akhirinya.
Terdahulu, Anna akan membintangi sebuah projek teater yang berjudul Maduku Terpaling Kalut.
Edisi ketiga teater ini akan dipentaskan mulai 29 September hingga 2 Oktober di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya.
Selain Anna, teater ini turut membariskan pelakon baharu dan lama iaitu Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Anna Jobling
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kak Rara Selamat Dapat Menantu Sulung, Rakan Artis Ucap Tahniah; “Alhamdulillah, Selesai Satu Tanggungjawab.”

Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, 24, selamat disatukan dengan jejaka pilihan, Mohd Zulhisyamuddin dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.
Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera, 48, menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zulkifli Azhari atau Ijoy.
Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.
Pada majlis itu, Allisya menerima mas kahwin berjumlah RM80 daripada pengantin lelaki, beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Teruja menerima menantu sulung, Shiera atau lebih mesra disapa Kak Rara memuat naik momen-momen hari bahagia Allisya di laman Instagram miliknya.
Turut memeriahkan majlis tersebut ialah rakan artis seperti Azah Aziz yang terbang dari Kanada dan Marsha Milan.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Shiera di atas menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
“Alhamdulillah selesai dah satu tanggungjawab. Tahniah membesarkan anak dengan jayanya. Aku dok rasa macam tak lama (anak) juga akan naik pelamin. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik. Kau nangis tak kak?” tulis penyanyi Nourul Depp.
“Alhamdulillah, tahniah terima menantu,” titip dramatis Fauziah Nawi.
“Alhamdulillah, tahniah my kakak,” coret pelakon dan pengacara, Elly Mazlein.
Selain Allisya, Shiera turut mempunyai empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Ijoy iaitu Airell, Airra, Audra dan Adeena.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hasrat Hati Nak Masuk Hero Remaja Dari Dulu Lagi Tapi…,”- PU Riz

Sempena ujibakat program Hero Remaja yang diadakan sejak semalam, pendakwah selebriti dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsi hasrat hatinya yang pernah bercita-cita untuk menyertai program tersebut.
Bagaimanapun, Riz atau nama penuhya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi pengalaman apabila dirinya ke sisi lain untuk menyertai program Pencetus Ummah musim keempat.
“Ni saja lah nak cerita pasal Hero Remaja.
“Sebenarnya, memang hasrat hati aku nak masuk Hero Remaja dari dulu.
“Tapi ter-masuk Pencetus Ummah, walaupun dah bertahun-tahun simpan hasrat hati, tahun ni nak cuba,” tulisnya apabila melayangkan status di Twitter.
Riz yang pernah membintangi drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mahu mencuba nasib tahun ini, namun tidak menepati syarat kerana faktor usia.
“Aku tahun ni 24, rasa mcm bolehlah nak cuba, tapi hampeh bila tengok syarat dia (2020 umur 24) bertakung air mata melihatnya.
“Tapi takpelah aku yakin dengan ketentuan Allah.Semoga aku diberi peluang yg banyak lagi di masa depan & dimurahkan rezeki.amiin,”kongsinya.
Menerusi ruangan komen,rata-rata telah memberikan pendapat masing-masing dan mendoakan agar anak kelahiran Selangor itu sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi.
View this post on InstagramAir yg tenang jangan sangka takde Menate 🐥#instagood
A post shared by PU RIZ (@hrisbismail) on
Dalam perkembangan lain, ujibakat pencarian Hero Remaja bermula sejak semalam hingga hari ini.
Malah, pencarian tersebut diteruskan lagi pada 28 dan 29 Disember ini di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Syarat penyertaan seperti dibawah:
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Twitter PU Riz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI