Pengarah dan penerbit Michael Ang telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya yang dikemas kini.

Menerusi rakaman video tersebut, pengarah drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu telah meluahkan pendapat dan pandangan mengenai apa yang telah diperkatakannya terhadap post sebelum ini.

“Assalamualaikum semua aku post pasal orang lain, orang lain yang terasa eh pasal suami isteri aku bukan post pasal kau lah.

“Banyak lagi orang yang tengah saman netizen-netizen yang komen kat Instagram dia orang, yang saman pasal nurse, yang saman pasal video lucah, saman buka pasal cerita lama dia, perampas laki orang banyak lagi saman so is not about you.

IKLAN

“Aku pergi tengok Instagram korang dik setakat ada kereta Ford Mustang dengan pergi holiday bawa beg Prada tu ko tak kaya dik.

“Kaya tu ada lima enam biji kereta, kalau setakat kereta sebiji tak kaya mana dik, banyak lagi orang yang nak tunjuk kekayaan,” antara kata yang dipetik dari videonya. 

IKLAN

Malah, ada netizen juga bersetuju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh pengarah berusia 43 tahun itu.

Terdahulu, pengarah tersebut ada meluahkan pandangan mengenai penggunaan media sosial dan cara penggunaanya oleh sesetengah pihak.

IKLAN

Malah kongsinya lagi, masih banyak hal lain lebih penting yang perlu difokuskan oleh pihak berkuasa daripada memikirkan isu remeh-temeh.

Foto : Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI