Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada berkongsi kapsyen lucu di Instagram berkenaan dengan rekaan busananya yang dipakai di sebuah majlis anjuran usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri semalam.

Katanya, dia ada menghubungi penyanyi antarabangsa, Jennifer Loperz menerusi bagi mendapatkan baju yang hampir sama dengan penyanyi lagu Im Real itu.

“Aku Dm Jlo beli mana baju tu?
Nasib baik dia jawab..Dapatlaa pakai event Dato seri aliff Syukri.

IKLAN

Nanti baju jlo masa buat show lain akan menyusul …bila perut ada 6 pack
Memang tak laaaaa. 6 paket ais ada. Tq @ooicouture,” tulisnya.

IKLAN

Pada malam itu, dia ditatarias menggunakan set solekan terkini, Epie x Siti.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan kapsyen humor yang dikongsi isteri kepada pelakon, Ijoy ini.

IKLAN

“Aku DM J.Lo Beli Mana Baju Tu, Nasib Dia Jawab…,” – Kelasnya Sharifah Shahirah Ni! “Aku DM J.Lo Beli Mana Baju Tu, Nasib Dia Jawab…,” – Kelasnya Sharifah Shahirah Ni!

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI