Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria ada menitipan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 tahun.

Menurut Faizal, air matanya mengalir sewaktu menuat naik ucapan tersebut kerana terlalu bersyukur dikurniakan isteri yang sebaik Abby.

View this post on Instagram

5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112. . Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata2 untuk mu . Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dgn nikmat dan amanah yg Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur . Sayang, 5 tahun…maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik . 5 tahun..diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang . Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku…sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dlm diri mu . Kesabaran mu menghadapi liku2 kehidupan tanpa ada keluhan…kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak menudarkan kasih sayangmu pada diri ini . Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat . Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu . Ya Allah Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini Kau peliharalah isteriku sebaik2nya Jangan diberikan kesusahan dlm hidupnya Kau berikan kebahagian utknya Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu . Ya Allah Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti . Ya Allah Berikan ia kesihatan yang terbaik Perlihara amal ibadat dan auratnya Perliharakan hidayah yng Kau berikan pdanya Kau perkuatkan iman di dlm dirinya . Ya Allah Kau perlihara perkahwinan kami ini hingga akhir hayat kami Satukan hari kami, eratkan kasih sayang kami Jangan ada dendam dalam diri kami Jauhkan kami dari sebarang pertelingkahan Kau berikan kami sifat sabar dlm menempuhi setiap ujian mu . Ku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu…tidak ada sebarang keluhan dari mu…kau tetap tersenyum manis. . Suami 147

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

“5 Tahun Kita Bersama Abby Abadi. 5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112.

“Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur.

“Sayang, 5 tahun maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. 5 tahun, diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang,” tulisnya.

IKLAN

Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun ini, Faizal menyifatkan ini merupakan detik paling sempurna di dalam hidupnya.

“Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu

“Kesabaran mu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan. Kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayangmu pada diri ini.

“Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat,” katanya.

IKLAN

Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.

Pada masa sama, Faizl turut menitipkan doa semoga Allah memelihari dan merahmati isterinya yang tercinta itu.

“Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu.
Ya Allah, Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini. Kau peliharalah isteriku sebaik-baiknya.

“Jangan diberikan kesusahan dalam hidupnya, kau berikan kebahagian untuknya.
Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu.

IKLAN

“Ya Allah, Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan. Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku. Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti,” katanya lagi.

Terdahulu, Faizal dan Abby mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015.

Pasangan tersebut pernah dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu,  namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Kemudian pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengambil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Sumber: Instagram Faizal Zakaria

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI