Pihak rumah produksi, Buffalo Orange Production memaklumkan filem pendek terbitan mereka, Coofie And Sexy Dress telah berjaya meraih dua anugerah berprestij di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Selain menduduki tempat ketiga bagi kategori Filem Luar Terbaik, filem ini juga berjaya menobatkan pelakon senior, Mubarak Majid selaku pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

“Kami ingin memaklumkan filem pendek kami yang berjudul Coofie And Sexy Dress telah memenangi dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022.

“Anugerah tersebut adalah bagi kategori Pelakon Lelaki Antarabangsa Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Mubarak Majid dan tempat ketiga bagi kategori Filem Luar Terbaik.

“Tahniah kepada keseluruhan team Coofie And Sexy Dress. Terima kasih semua.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pihak Buffalo Orange Production menerusi laman Instagram.

IKLAN

Aktor Senior, Mubarak Majid Raih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022 Aktor Senior, Mubarak Majid Raih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022

Sementara itu, Mubarak menzahirkan rasa syukur diatas penganugerahan tersebut.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di laman Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Mubarak.

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah. Sekalung tahniah Encik Mubarak.

“Alhamdulillah, kami peminat tumpang gembira. Semoga menjadi pembakar semangat untuk terus mewarnai industri seni negara.

“Keep it up bang. Syabas.

IKLAN

“Tahniah Abang Mubarak. Saya telah lihat abang melakonkan pelbagai watak dan karakter. Dari sekolah lagi. Miga sihat sejahtera hendaknya.

“Tahniah. Kalau tengok abang berlakon saya selalu hayati. Abang memang pandai berlakon,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Aktor Senior, Mubarak Majid Raih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022 Aktor Senior, Mubarak Majid Raih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022

Selain Mubarak, filem pendek arahan Jaemin Park ini turut mebariskan dua orang lagi pelakon iaitu Shii Elsa dan Syafiq Darma.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mubarak Majid & Buffao Orange Production

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI